in ,

Ssshhh! Ni Port Rahsia Nak Sorok Barang…

Sumber gambar: Her Campus

via GIPHY

Hmm.. agak-agak dekat mana #Lunagirls selalu sorok barang rahsia macam surat ‘cinta’ atau barang-barang kenangan yang korang tak nak orang lain tahu? Ainaa ada tempat khas sorok barang-barang zaman sekolah dulu tanpa kantoi dengan my parents tau.. Hehe! Korang nak tahu tak dekat mana tempat yang Ainaa akan sorok tu?

DALAM ALMARI BAJU

Sumber gambar: FemaleFirst

Benda pertama yang #Lunagirls kena ada ialah kotak! Masukkan semua benda tu dalam kotak dan letak kotak tu dekat bahagian belakang baju korang. Make sure tindih dulu kotak tu dengan baju yang lain.. Kalau boleh letak dekat bahagian baju yang mak korang jarang bukak tau! Tak perlu kotak besar-besar.. nanti susah nak simpan! Hihi!

BAWAH KATIL

Sumber gambar: A Place For Everything

Kalau katil korang ada ruang kosong dekat bawah tu, plus point! Sebab tu port terbaik nak sorok barang. Hehe! Letak kotak barang tu dekat bahagian katil paling belakang sekali yang susah untuk dicapai.. Korang pun lepas dah sorok mesti dah tak bukak kan? Bila dah letak tu, jangan sesekali ambil semula kotak tu kecuali nak tambah koleksi harta karun okay! Hihi!

ATAS ALMARI

Sumber gambar: HGTV.com

Setiap almari mesti ada bahagian kosong dekat atas tu kan? Dah letak dekat atas almari tu, jangan lupa tindih dengan barang yang lain contohnya beg sekolah atau apa sahaja tau.. Jangan too obvious sangat sorok tu takut nanti kantoi pula. Hehe! Tapi atas almari ni yang tak syoknya mudah berhabuk.. #Lunagirls jangan lupa balut kotak tu dengan plastik okay?

POKET BAJU BERGANTUNG

Sumber gambar: Rent the Runway

Kalau barang rahsia korang tu kecil, boleh la sorok dekat dalam poket baju atau seluar yang bergantung. Letak je dekat poket bahagian belakang sekali! Tapi jangan pula korang terlupa poket mana korang simpan barang tu tau! Nanti kelam kabut nak cari balik.. tak kan nak tanya mak pula kan? Haha!

Macam mana port sorok barang Ainaa tu? Cukup tersorok tak kalau nak simpan barang-barang kenangan? Kalau korang sendiri ada port rahsia macam tu, share la dekat Ainaa.. Boleh kita sorok barang sama-sama. Hehe! Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Dapat Konsert BLACKPINK? Layan K-Drama Jelah…

Baju Sekolah Comot Kalah Budak Lelaki! 🤦‍♀️