in ,

Squad Baru VSCO Girl?

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/458804280768064925/

Hari itu, baru saja trend tentang E-boy dan E-girl. Kali ini, ada pula trend baru iaitu VSCO girl yang suka edit gambar menggunakan aplikasi VSCO. Dari mana entah tiba-tiba muncul trend ini pun Zoe tak pasti sebab pada awalnya VSCO itu cuma aplikasi biasa untuk edit gambar saja.. Okay, untuk #Lunagirls yang tak tahu #VSCOgirls itu apa, meh Zoe kongsikan sikit dengan korang apa itu VSCO girl dan apa ciri-cirinya!

FJALLRAVEN

Sumber gambar:

Antara item penting yang VSCO girl suka bawa adalah beg Fjällräven. Bukan itu saja, VSCO girl juga suka sangat pakai getah rambut scrunchy, pakai choker dan friendship bracelets. Mereka punya stail ala-ala 90-an.. Tapi taklah serupa seperti E-boy atau E-girl. Mereka lebih kepada casual street style!

VANS & BIRKENSTOCK

Sumber gambar:

Kasut Vans dan sandal Birkenstock merupakan antara pilihan VSCO girls. Kalau korang tengok hashtag #VSCOgirl di Instagram dan Twitter mesti akan ada ramai VSCO girls yang pose dengan stail mereka tersendiri menggayakan Vans dan Birkenstock. Woah, kemain VSCO girls sekarang. Korang team #sandalbirkenstock atau #vans4life?

“SKSKSK…”

Apa itu sksksk? Ia adalah bunyi VSCO girl ketawa. LOL! Biasanya kita akan gelak berbunyi dan taip ‘hahaha’ tapi VSCO girls ini sangat unik sebab bunyi gelak tawa mereka bunyi macam berbisik saja. Pelik tapi ramai dah mula taip ketawa ‘sksksksk’. Tapi kalau in real life, macam mana bunyi sksksks eh? 

AND I OOP!

“And I oop!” ini awalnya adalah satu meme oleh Jasmine Masters tapi biasanya orang ramai kata ini merupakan satu pernyataan yang annoying bila VSCO girl cakap “and I oop!”Antara contoh ayat yang mereka selalu sebut dan guna ialah “and i oop- i dropped my hydro flask skskskskksk”. Korang boleh relate tak dengan VSCO girls? Kiranya ayat ini #ytjt je Zoe rasa..

Sebenarnya VSCO girls pun suka main TikTok, sebab itulah trend ini semakin meluas dalam kalangan remaja. Jadi, ada ke VSCO girl antara #Lunagirls yang baca ini? Betul ke apa yang Zoe cakap tentang korang? Hehe! Kalau ada yang nak Zoe tambah, komen di bawah okay.. sksksks!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Netizen Mengamuk Kembar ‘7G’ Keluarkan Lipstick Timbang Kilo

Haqiem Rusli Dedah Ciri-Ciri Wanita Idaman