in ,

Spot Boek Untuk Ambil Gambar Profil

Sumber gambar: favim.com

Fuh! Banyaknya habuk di profil media sosial korang ini! Uish! Dah berapa lama itu tak update profile picture korang itu! Ish ish ish… okay tak apa mesti lama tak tukar sebab sebelum ini sibuk nak exam-kan. Sekarang ini bila dah ada banyak masa lapang, inilah masanya untuk tukar gambar profil korang di media sosial. Mesti bosan kalau masih letak gambar yang berlatar belakang musim raya, sekolah, swafoto di bilik dan lain-lain. Apa kata kalau korang cuba idea kami nak kongsi ini spot mana yang lebih terboek untuk korang cuba untuk gambar profil korang. Ala, nak post macam biasa pun boleh juga. Hehe!

SUPERMARKET

Sumber gambar: Spicee

Waktu korang tengah ikut mak ayah beli barang rumah di supermarket itu, boleh saja kalau sekali-sekala korang ambil gambar dekat situ. Minta tolong mak ayah korang ambilkan gambar pun okay juga sebab cara mereka ambil gambar memang vintage sangat! Mesti gambar profil korang akan nampak menarik.

TANGGA

Sumber gambar: India Times

Orang selalu kata jangan duduk di tangga sebab nanti menyemak dan ganggu orang nak lalu, betul tak? Tapi tak salah pun kalau korang jadikan tangga sebagai tempat untuk korang ambil shot profile picture korang. 

BOOKSTORE

Sumber gambar: Pin Interest

Bagi yang gemar membaca buku atau ke perpustakaan. Ini adalah peluang korang untuk sambil itu ambil kesempatan bergambar di rak buku. Bergambar di kawasan rak buku memang akan buatkan gambar profil korang sangat classy dan aesthetic tau!

STREET

Sumber gambar: Pin Interest

Bila cuti ini mesti korang banyak keluar buat pelbagai aktiviti bukan? So, apa kata kalau korang tengah melintas ke tengah berjalan kat tepi jalan itu ambil gambar sekejap untuk profile korang? Lagi cantik kalau ada lampu-lampu tepi jalan itu, memang comel! 

PARKING

Sumber gambar: Pin Interest

Sekali-sekala ambil gambar di tempat parking pun menarik juga sebab dia ada aura street photo yang memang akan nampakkan gambar korang lebih hype dan fashionable. Tapi korang jangan sampai halang orang lain yang nak parking pula ya! Marah pula mereka nanti. Hehe!

BAWAH AWAN

Sumber gambar: Pin Interest

Keluarlah dari rumah sebentar dan hirup udara yang segar sambil itu boleh lihat awan yang warnanya menarik. Rajinkanlah juga diri korang tengok warna awan lebih lagi waktu petang sebab memang fresh sangat untuk korang ambil gambar sebab sekarang dah tak ada jerebu. Haha

Nampak tak yang korang tak perlu pergi jauh dan tempat mahal pun untuk ambil gambar yang nampak menarik dan ala-ala hipster. Cukup dengan pergi ke pasaraya, tangga, kedai buku, tepi jalan, parking dan lain-lain pun sebenarnya dah boleh buat gambar korang nampak menarik. Tak ada lah gambar korang nampak tercyduk dan membosankan sangat selepas ini. Mana tahu lepas tukar gambar profil, semakin ramai yang follow korang? Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Beli Powerbank Online Tanpa Kena Tipu!

Oppa Taehyung BTS Pakai Baju Batik!