in ,

SPM 2020 Dianjakkan Pada Bulan Januari 2021

Sumber gambar: Suara Merdeka

Bertenang Siti, tak payah study dulu sebab sekarang SPM dah postpone sampai tahun depan! Weehoo!

Amboi..mentang-mentang SPM dianjakkan ke tahun depan, jangan pula korang tak study. Study itu tetap kena buat juga tak kisah bila exam sekali pun, bila korang study at least korang akan ingat apa benda yang korang belajar sebelum ini. Memandangkan pelajar tingkatan 5 sendiri dah mula masuk sekolah, korang kena terus study untuk exam nanti.

PKPP: Sekolah akan dibuka pada 24 Jun untuk pelajar SPM, STPM, SVM ...
Sumber gambar: Soyacincau

Tidak pasti sama ada ini merupakan berita gembira atau berita sedih untuk para pelajar tingkatan 5 yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Macam yang korang sendiri tahu, sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM sepatutnya bermula pada 16 November sehingga 7 Disember 2020. Namun tetapi baru-baru ini KPM sekali lagi mengumumkan tarikh baharu peperiksaan SPM iaitu pada 6 Januari sehingga 9 Februari 2021. Maksudnya korang masih ada banyak masa lagi untuk belajar ya.

Selain peperiksaan SPM, peperiksaan lain seperti SMV, STPM serta peperiksaan lain juga akan dianjakkan pada tahun hadapan. So ini ialah berita baik kepada sesiapa yang masih lagi belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar serta berita buruk untuk korang yang dah lama bersedia dan tak sabar untuk habis belajar. Betul tak?

At the same time, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPMU) yang sepatutnya bermula pada 23 hingga 30 Jun ini bagi ujian bertulis serta ujian lisan pula telah dipinda pada 17 Ogos sehingga 30 September ini. Manakala peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi semester tiga dan satu yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 24 Mei lalu akan ditunda kepada 3 hingga 14 Ogos serta 28 hingga 9 Oktober tahun in. Begitu juga bagi semester empat dan dua ialah pada 28 hingga 29 Januari 2021 serta 17 hingga 28 Mei 2021. Korang boleh tengok jadual posting dekat bawah ini untuk mendapatkan tarikh peperiksaan mengikut kategori masing-masing.

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Sunday, June 28, 2020

Pada masa yang sama ini merupakan penjadual semula kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian semenjak terjadinya pandemik Covid-19 ini. Penjadualan pertama peperiksaan telah dilakukan pada 28 Mac lalu sebelum pihak Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini. Banyak perubahan yang terpaksa dilakukan demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Harapnya dengan apa yang berlaku ini boleh memberi korang persiapan yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan besar dalam hidup korang. Buat persediaan awal dengan cara study awal dan teruskan study walaupun exam tahun depan. Tak salah buat preparation awal, sekurangnya nanti korang ada banyak masa untuk ready fizikal dan mental. Good luck!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyanyi Ini Pernah Buat Gimik Untuk Single Baharu

Sekolah Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 15 Julai Ini