in ,

Song Ji Hyo Nak Tinggalkan Running Man?!

Sumber gambar: youtube.com/ JiHyoTheOnlyOne

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Song Ji Hyo iaitu salah seorang selebriti yang sentiasa mencuri perhatian ramai orang. Sejak acara Running Man itu wujud dan menjadi semakin popular, Song Ji Hyo adalah wanita yang menjadi dambaan peminat dan juga lelaki di luar sana. Dah lah cantik, dan bila main semua halangan dalam Running Man itu pun, memang nampak hebat sangat dan nampak seperti wanita yang gagah kan! Memang adorable betul! 

Sumber gambar: koreancelebgossip.blogspot.com

Untuk pengetahuan semua, usia Song Ji Hyo ini sebenarnya sudah pun nak masuk 40 tahun dan soalan bila nak mendirikan rumah tangga ini pun memang agak kerap ditanya oleh ramai orang kepada Ji Hyo. Hmm, standard makcik bawang la itu… haha! Tapi jom kita cuba baca pula apa pendapat Ji Hyo tentang soal kahwin ini pula kan? 

Sumber gambar: koreaboo

Katanya, dia tidak menetapkan langsung konsep usia dalam hidupnya dan apa yang perlu difikirkan bila dah nak masuk umur 40 tahun ini adalah tempoh pemulihan kita lebih lambat. Mungkin maksud Ji Hyo di sini, apa yang penting pada masa ini adalah kesihatan dan hal yang lain yang lebih peribadi. Bukan setakat itu saja, Queen of Running Man ini berpendapat yang dia sangat bahagia dengan kehidupannya seperti sekarang ini sebab dia boleh buat banyak perkara dan dia juga mampu buat hal yang dia tak jangka pun dia boleh buat. Apa yang penting dia sangat suka dengan dirinya yang sekarang.

Sumber gambar: all kpop

Bercakap tentang Running Man ini pula, Song Ji Hyo berkata yang bila usia semakin meningkat ini, sudah pasti stamina badannya semakin berkurang. Walaupun tidak menjadi halangan untuk dia tampil dalam Running Man, pemilik nama asal Cheon Soo Yeon ​ini berkata yang kalau satu hari nanti dia dah tak ada dalam Running Man, dia pasti akan berada dalam bidang yang lain juga.

Sumber gambar: soompi

Berbalik kepada soal mendirikan rumah tangga tadi, Song Ji Hyo dia mengaku yang dia terbuka kepada sesiapa pun tapi masih belum ada yang berkenan dan tepat lagi. Iya lah kalau soal jodoh, mestilah kena fikir betul-betul kan. Oleh sebab itu juga, dia cakap yang ini bukanlah mejadi keutamaannya buat masa ini dan Ji Hyo ini siap mengaku yang dia masih belum menguruskan diri sendiri. Setakat ini, dia masih selesa dengan gaya hidupnya dan apabila dia dah ready nanti dia akan beritahu. 

Sementara itu, Song Ji Hyo juga akan terlibat dengan filem terbaru yang akan ditayangkan pada bulan ini iaitu Intruder. Of course Song Ji Hyo adalah heroin dalam filem ini! Bukan setakat itu sahaja, Song Ji Hyo juga akan menjadi pelakon utama dalam K-Drama bergenre komedi romantik Did We Love? Yang katanya akan ditayangkan pada Julai akan datang. Woah! Tak sabarnya nak tengok lakonan Ji Hyo lagi! Hehe!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah DIY Kasut Lama Jadi Baru

Ayat Power Dan Tips Untuk Curi Hati