in ,

Social Media Down, iCloud Pun Tumpang Sekaki!

Sumber gambar: https://www.computerworld.com/article/3300177/how-to-use-icloud-with-windows.html

Girls, korang ingat tak awal minggu ni Instagram, Facebook dengan WhatsApp down sekejap? Rupa-rupanya bukan tiga apps tu je yang problem, iCloud juga lalui benda yang sama!

Mesti korang tak perasan kan tentang perkara ni, sebab Ainaa pun baru tahu juga. Semalam, ada a few pengguna mengalami masalah bila nak log in account iCloud. Bukan tu je, folder Photos, Mail, Backup,Find My Phone, Find My Friends, Contacts dan Calendars pun tak boleh dibuka!

Sumber gambar: https://support.apple.com/icloud

At the same time, Apple Store juga alami masalah yang mana pengguna tak boleh nak update beberapa apps. Bila dah masalah macam ni, ramai la yang buat luahan perasaan dekat Twitter. Maka, Twitter pun jadi tempat paling popular untuk luahan hati semua orang.

Tapi kita dekat Malaysia tak terkesan pun dengan masalah ni sebab ia hanya terjadi dekat area Amerika Syarikat sahaja. So, kalau korang tiba-tiba ada problem juga, maybe phone korang rosak kot? Eh?

Sumber gambar: https://www.digitaltrends.com/mobile/apple-patents-apple-store-packaging/

Since masalah tu terjadi waktu siang dekat Amerika, ramai pengguna mengadu tak boleh nak buat sebarang bayaran atau purchase apa-apa apps dekat Apple Store. Masalah besar ni bila semua benda ni jadi dalam satu masa, semua benda rasa terputus.

Mujur la kita dekat Malaysia tak terkesan dengan masalah ni. Kalau jadi dekat sini, maybe dah ramai yang duduk depan TV tengok berita malam sebab tak ada benda lain nak buat dah. Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selfie Pun Boleh Turunkan Berat Badan? Biar Betul?!

Gadis Berhijab Juara Gusti Pertama Malaysia! 💪