in ,

Soalan PT3 Bocor, Pelajar Kena Repeat Paper Pula?!🤬

Sumber gambar: https://www.remaja.my/8-tips-nak-lulus-cemerlang-spm-1-jangan-check-jawapan-dengan-kawan-paper-yang-dah-lepas/

OMG! Seriously soalan exam PT3 bocor pula? Macam mana boleh jadi macam tu? Takkan semua calon PT3 2019 kena ambil exam balik?

Ya tenang guys and girls! Semua itu hanyalah khabar angin sahaja yang kononnya paper exam subject English, Mathematics dan Geografi bocor. Macam mana benda ini boleh jadi? Pada mulanya ia terjadi bila ada dakwaan yang ada satu group dekat Telegram yang kononnya diwujudkan untuk bincang jawapan exam ketiga-tiga paper tersebut.

Memang kalau ikutkan kita nak tengok soalan bocor sebab at least waktu jawab exam nanti boleh terus jawab tanpa perlu susah payah nak fikir. Tapi buat rugi saja belajar tiga tahun, end up berharap pada soalan bocor. Katanya kertas soalan itu bocor dan dah disebarkan dalam group Telegram oleh beberapa orang cikgu sendiri. Hmm, macam mana cikgu boleh buat perkara seperti itu pula?

Tapi katanya soalan yang bocor itu memang 100% sama dengan yang mereka jawab baru-baru ini. Menurut salah seorang wartawan dari akhbar The Star yang join group, seramai 2,783 ahli dalam group dan mereka semua sibuk bincang tentang soalan yang bocor. Boleh tahan ramai ya yang suka dengan soalan bocor.

Image result for kenyataan kpm pt3
Sumber gambar:

But no worries girls and boys sebab korang memang tak perlu nak repeat semula paper itu walaupun ia dah bocor. Ingat senang ke nak repeat paper dan buat semula soalan untuk satu Malaysia? Korang sendiri sebagai calon PT3 mesti tak nak repeat paper betul tak? Buatnya soalan untuk paper repeat nanti susah macam mana? Hilang pula fokus untuk next paper lepas ini.

Semalam, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dah nafikan dakwaan yang kononnya calon PT3 2019 perlu ulang semula paper English pada 10 Oktober. So memang tak ada langsung ulangan semula exam bagi kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 bagi peperiksaan PT3. Harapnya netizen pun janganlah sebarkan benda tak betul seperti itu. Parents yang ada anak-anak exam PT3 pun terkesan dengan perkara ini.

Jadi dekat sini memang dah confirm yang korang tak akan repeat paper Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 lepas ini. Teruskan fokus untuk next paper okay korang! Good luck dan jangan terpengaruh dengan khabar angin okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Geng Bas Sekolah Yang Mungkin Korang Terlepas!

Pesanan Mak Ayah Yang Paling Famous!