in ,

Soalan ‘Larangan’ Tanya Dekat Girls Bila Nak Berkenalan…

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/80150068356792485/?lp=true

Ehh mamat ni, dah kenapa tiba-tiba nak tanya soalan sensitive? Biadapnya orang macam ni?! Ish menyesal kenal dia!

Haa boys, korang nak ke girls cakap macam itu dekat korang? Mesti tak nak betul tak? Tapi salah korang sendirilah juga gatal pergi tanya soalan sensitive dekat girl yang baru nak berkenalan. Tak pasal-pasal kena reject macam itu saja. So before korang kena reject dengan seorang gadis manis, better elakkan tanya soalan ‘larangan’ seperti…

SOALAN PAST RELATIONSHIP

via GIPHY

Just imagine, baru seminggu kenal tapi korang dah sibuk tanya tentang her past relationship dengan ex boyfriend. Sebab apa putus, berapa lama bercinta, berapa ramai ex-boyfriend dan banyak lagilah. Orang itu dah move on tapi korang pula sibuk tanya soalan kisah lama.. Confirm tak sempat nak jawab lagi terus girl crush block korang daripada hidup dia. Jangan sesekali tanya tentang past relationship seseorang yang kita baru nak kenal sebab kita tak tahu apa yang dia hadapi sebelum ini. Please elakkan soalan macam ini ya boys. Biar girl itu je yang buka mulut untuk bercerita tanpa korang tanya, at least nanti dia rasa lebih selesa.

SOALAN PRIVASI

via GIPHY

Contoh soalan privasi ialah berkenaan hal peribadi macam size bra si dia, harini pakai warna apa dan bla bla bla. Kalau korang berani tanya soalan macam itu, memang korang seorang lelaki yang agak biadap! Tak ada perempuan yang suka ditanya soalan macam itu dalam tempoh berkenalan. Tapi tak bermaksud kalau dah bercinta, korang boleh tanya soalan macam itu ya. Tahu tak yang soalan itu ialah soalan paling tak senonoh dan tak patut ditanya. Jangan pernah sesekali terfikir untuk tanya soalan sensitif ya boys.

SOALAN KEPOCHI

Soalan ini paling benci sebab baru-baru ni dekat Twitter adalah kecoh sikit tentang soalan ‘dara’. Kita perempuan yang baca ini pun rasa geram je awak! Soalan tentang ‘dara’ bukan setakat tak boleh ditanya oleh seorang lelaki waktu nak berkenalan tapi oleh semua orang tak kisah kawan rapat atau tidak. Boleh dikatakan soalan ini ialah soalan privasi. Kenapa nak sibuk tahu orang itu masih ‘dara’ lagi atau tak? Then kalau dia dah tak ‘dara’, tak nak berkenalan dah ya? Make sure jangan pernah tanya soalan ini dekat mana-mana girls pun ya wahai jejaka kacak diluar sana.

‘NAK DATING DEKAT MANA?’

Related image
Sumber gambar

Alaaa, takkan nak dating dekat mana pun nak suruh girl itu yang fikir? Tak gentle laa guys kalau korang tanya soalan macam itu. Apa salahnya kalau dalam tempoh berkenalan biar korang yang decide nak dating dekat mana dan makan apa. But, make sure jangan korang pula yang asyik belanja, kenalah bahagi 50-50 since masing-masing pun masih bersekolah betul tak? Before nak ajak si dia pergi dating, korang fikir dulu lokasi yang sesuai dan tempat makan yang best. Lagi sweet kalau korang dating dekat taman dan masing-masing bawa makanan, buat pot luck! Barulah jimat duit, boleh save untuk next dating. Eh?

Ainaa harap tak ada ‘LunaBoys’ yang kena reject lepas ini sebab tanya soalan tak masuk akal ya. Make sure kalau nak bercinta, hati biar ikhlas cuma jangan sampai lupakan pelajaran. Bercinta itu kira sisipan untuk pembakar semangat je waktu dekat sekolah, hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Visual Crackheads TAEJIN + GIVEAWAY BTS DOLL!

Netizen Mengamuk Kembar ‘7G’ Keluarkan Lipstick Timbang Kilo