in ,

Soalan #ASKME Paling Kerap Di Tanya Di Instagram @Lunariamy

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Weh! LUNARIA ada up story ASK ME la! Nak kena join ni sebab banyak benda nak tanya dekat diorang!

Haa, korang tengah nak tanya apa dekat kami tu? Mesti banyak soalan yang bermain di minda korang kan? Biasanya setiap hari Khamis kami akan up story ASK ME untuk korang tanya apa-apa soalan dan kami akan jawab dengan segera. Tapi itu la korang selalu tanya tak ikut tema, ada je benda lain daripada topik yang menjadi tanda-tanya korang kan? Memandangkan ada beberapa soalan yang kerap kami dapat, Ainaa akan cuba untuk jawab soalan korang tu. So, kalau ada soalan korang yang terjawab, tahniah sebab lepas ni kami taknak jawab dah soalan tu sebab kalau siapa yang nak tahu kena baca artikel ni semula! Hehe! Jom kita mulakan guys…

UMUR KORANG BERAPA?

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Ya so far since day one kami up story ASK ME, soalan ni ialah soalan paling ramai yang tanya dan setiap kali tu kami akan jawab dengan jawapan yang berbeza. Sebab apa? Ye la, umur ni kan benda yang sensitive sikit, malu la korang tahu umur sebenar kami. Untuk pengetahuan korang, ahli Lunasquad yang paling muda sekali ialah Tee yang mana dia baru sahaja berusia 22 tahun. Manakala Ainaa dan Faya pula 24 tahun yang mana kami sebaya cuma berbeza bulan sahaja. Zoe kira ‘kakak’ la sebab dia paling berusia sikit antara kami which is 26 tahun. Ainaa tahu korang terkejut sebab mesti korang ingat umur Ainaa 18 tahun kan? Hehe!

APA NAK BUAT KALAU CRUSH…

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Crush sana, crush sini kejap crush itu kejap crush ini. Pening juga kepala kami nak jawab soalan berkaitan crush ni. Kadang-kadang rasa macam doktor cinta selesaikan masalah cinta korang walaupun hakikatnya kami semua pernah kecundang dalam percintaan. But it’s okay sebab kami faham pada usia korang ni bab crush ni la yang paling hot sekali. Ala, kami dulu waktu sekolah pun ada je crush cuma kami je malas nak fikir sangat pasal crush tu. Antara soalan tentang crush yang kami selalu dapat ialah ‘crush saya dah ada girlfriend, patut ke saya move on daripada crush? Crush saya suka BFF saya, BFF saya rampas crush saya, crush saya block saya dekat IG, crush saya mintak nombor phone’. Banyak tau pasal crush ni dan kebanyakan soalan itu datang daripada girls yang confuse nak confess atau tidak. Bagi pendapat Ainaa tentang crush ni, korang kena ada crush lebih daripada seorang so that nanti kalau frust tak perlu la susah nak cari yang baru, hehe!

SIAPA MINAT BTS?

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Sudah terang lagi bersuluh, kami ada dua orang ARMY sejati dalam Lunaria yang mana mereka berdua mempunyai rancangan K-yagi bersama-sama setiap minggu. Ada je gosip Kpop yang mereka akan bincangkan setiap minggu sampai ada banyak request daripada korang sendiri untuk kami slow down sikit tentang BTS! Tapi malangnya cinta Zoe dan Tee sangat kuat untuk BTS! Kalau korang memang follow kami, mesti tahu siapa biasa Tee dan Zoe kan? Ha korang tahu tak sebenarnya Zoe ni ‘isteri’ Yoongi? Tee tu pula ‘girlfriend’ V? Ha tak tahu kan? Sekarang korang dah tahu!

APA KERJA KORANG?

Sumber gambar: Instagram Lunaria

Siapa admin? Siapa selalu reply DM kami? Siapa bagi idea shoot?

Kami masing-masing ada job scope sendiri yang mana semuanya ada dugaan dan cabaran yang tersendiri. Korang rasa siapa agaknya admin social media Lunaria? Haa mesti la Faya, dia la orang yang selalu bagi content best dekat IG kami!Orang yang jadi writer yang ketuk-ketuk keyboard dan fikirkan content article ialah Zoe dengan Ainaa manakala Tee pula bertanggungjawab untuk fikirkan content Youtube untuk kami sebab dia Producer! Korang mesti kesian dekat kami kena banyk fikir kan? Kalau kesian boleh la share idea sikit, ringan la sikit beban otak kami ni, hehe!

Sebenarnya banyak je lagi soalan yang sering korang tanya tapi untuk kali ni Ainaa jawab empat ni dulu la ya! Nanti kita repeat lagi okay.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

9 Selebriti Yang Pernah Tolak Tawaran SM Entertainment

Rahsia Kecantikan Son Ye-Jin Kalahkan Lisa BLACKPINK