in ,

Snek Wajib Cuba Bila Di Korea!

Sumber gambar: https://www.melaninmajority.com

via GIPHY

#Lunagirls, siapa dekat sini yang dah sampai Korea? Ummi dengar cabaran besar bila ke Korea adalah nak cari makanan halal, betul ke? Kalau macam tu, apa je makanan dan snacks yang boleh dimakan dekat sana? Bagi yang bakal ke Korea, Ummi ada listkan top snacks halal di Korea yang korang boleh cuba!

BANANA MILK

Sumber gambar zetizen.com

Ini adalah minum yang korang wajib minum bila sampai di Korea. Harganya tak lah mahal sangat dan senang dapat di kedai serbaneka. Minuman ni selalu keluar dalam K-Drama, korang perasan tak?

HOTTEOK

Sumber gambar http://kembarasuffah.blogspot.com

Hotteok ni snek yang popular di Korea, ala-ala macam pancake gitu.. Girls yang minat pancake boleh lah cuba! Selalunya hotteok ni di jual kat tepi jalan je jadi senang nak cari. Rasa hotteok ni manis dan lembut dan berintikan gula merah, kacang dan serbuk cinnamon. Sedapnya!

YACHAE MANDU

Sumber gambar youtube.com

Mandu atau dumpling ialah makanan yang paling digemari warga Korea. Selalunya diorang akan makan sebagai lauk ataupun snek. Mandu ni ada macam-macam jenis, so kalau #Lunagirls nak try, nanti tanya peniaga dulu tau samada mandu ni halal ke tak ok?

EGG BREAD AKA GYERAN BBANG

Sumber gambar panduanwisata.id

Gyeran bbang ni roti yang ada inti telur kat tengah. Yang uniknya roti ni, ia ditaburi almond, kacang dan biji matahari. Makan satu pun dah kenyang tau, tapi kalau perut macam Ummi ni satu maybe tak cukup. Kalau orang Korea pun cakap sedap, korang mestilah kena cuba!

Haa bertambah excited kan nak pergi bercuti ke Korea? Make sure selitkan senarai snack yang Ummi bagi ni tau!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Konsert Lokal Ke Konsert Overseas Lagi Onz?

Body Butter VS Body Lotion, Mana Lagi Best?