in ,

Snek Best Untuk Enjoy Selepas Tuisyen

Sumber gambar: pinterest.com/vsco

Lepas sekolah, biasanya ramai antara korang yang akan pergi ke kelas tambahan dan tuisyen kan? Kebanyakan kelas tambahan dan tuisyen pula selalunya ada pada waktu tengahari, petang dan malam sikit kan? Dan bila kelas dah habis selalunya korang mesti akan tunggu ahli keluarga datang ambil korang kan? Jadi sementara tunggu kakak, abang, parents korang ambil itu korang bolehlah beli snek yang best-best selepas kelas tambahan dan tuisyen. Jadi jom kita tengok snek dan jajan macam mana yang boleh korang beli selepas kelas tambahan dan tuisyen. 

SLURPEE

Sumber gambar: insider

Kalau korang perasan kebanyakan 7-Eleven selalu dibuka dekat dengan pusat tuisyen kan? Sebab itu memang rugi kalau korang selepas kelas tuisyen, tak pergi singgah untuk beli slurpee. Walaupun mesin slurpee selalu rosak tapi ada sahaja masa yang ia tak rosak itu, korang pergilah grab kan! Nanti tiba-tiba satu hari korang craving nak slurpee, waktu itu mesin rosak, mesti mood korang spoil kan? Haha

ROJAK BUAH

Sumber gambar: tempat menarik

Rojak buah negara kita memang tak pernah mengecewakan sebab yang membuatkan ia lebih sedap adalah kuah rojak itu sendiri. Kalau buah pula, boleh letak, mangga, jambu, betik, sengkuang dan lain-lain. Makan pula waktu petang-petang lepas habis kelas tambahan dan tuisyen, memang layan habis.

AIS KRIM

Sumber gambar: free malaysia today

Ais krim memang paling best nak makan bila lepas habis kelas, tengah stress, tengah lepak dengan kawan dan korang cakap sahaja di mana sahaja, ais krim adalah pilihan nombor satu untuk sesiapa yang nak snek atau jajan. Jadi, memang best kalau selepas kelas tambahan dan tuisyen itu korang beli ais krim, lebih lagi kalau korang beli ais krim pop atau ais krim Malaysia.

DADIH/ PUDDING

Sumber gambar: gramho

Dadih atau puding pun antara snek yang paling sempurna korang nak beli sementara menunggu kakak, abang, parents korang ambil jemput korang dari kelas tambahan dan tuisyen. Harganya pun memang murah dan ia banyak dijual di tepi jalan.

GORENGAN

Sumber gambar: eatfoodlivefood

Beli lah goreng pisang, keropok lekor, cucur, cakoi atau mana-mana kuih selepas kelas tambahan dan tuisyen. Makan bila tengah panas dan rangup dengan kawan-kawan pun seronok. 

Memang rugi kalau korang tak beli sebab ia bukan sahaja buat mood korang lebih baik tapi ia akan bagi korang energy untuk buat aktiviti lain bila sampai rumah nanti. Sebenarnya, banyak lagi snek dan jajan yang boleh korang cuba seperti popiah, jus buahan, buah-buahan potong, pop corn, ayam potong dan lain-lain. 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kucing Sebenarnya ‘Penjaga’ Kita?

Ini Tanda Si Dia Sukakan Kita!