in ,

Snapchat Filter Versi GAGAL!

Sumber gambar: https://pleated-jeans.com/2016/03/02/21-snapchat-face-swaps-that-went-horribly-wrong/

Sejak Snapchat selalu update filter best ni, makin ramai yang post selfie kebabom kan. Ye la, filter Snapchat ni kan macam ‘auto makeup‘ daripada muka ‘busuk’ terus jadi flawless cun melecun! Tapi dalam banyak-banyak gambar lawa yang ada, korang pernah tengok tak version Snapchat filter gone wrong? Contohnya macam dekat bawah ni…

KUCING MACHO VS KUCING CANTIK

Apa pendapat korang lepas tengok gambar ni? Agak-agak kucing ni sesuai jadi kucing lelaki atau kucing perempuan? Atau lebih baik jadi kucing normal je? Haha! Tak pernah terfikir pula fikter gender swap ni boleh buat dekat kucing juga. Ainaa pernah la juga buat dekat kucing tapi tak ada pula menjadi sebijik macam ni. Tapi menakutkan juga kan kalau ada kucing muka macam ni? Dah macam manusia pun ada.

PENUMBUKKU DIMUKAMU

Sumber gambar:https://www.myunidays.com/GB/en-GB/blog/article/top-10-snapchat-face-swap-fails

Okay kalau yang ni nak kira macam mana pula? Patutnya filter ni akan swap muka, tapi kenapa swap dengan penumbuk pula ni? Dah tak jadi cute, tapi scary tau tak! Muka dah sebesar alam dekat situ pun tak boleh nak detect, tapi penumbuk yang kecil tu boleh pula filter tu detect. Sakit hati betul kalau jadi dekat diri sendiri.

‘CIK HANTU’ TUMPANG SELFIE

Sumber gambar: https://aminoapps.com/c/horror/page/blog/snapchat-filter-gone-wrong/J8MF_duVJq1MQzXo2Kp36pq1ZEVvJYp

Niat di hati nak face swap dengan teddy bear, sekali ‘ter’ face swap dengan ‘hantu’ dekat belakang tu pula. Fuhh, kalau jadi dekat korang, macam mana nak handle agaknya? Nak pandang belakang atau mengeras dekat situ je? Kalau Ainaa, once jadi macam tu memang Assalamualaikum salam sejahtera bye bye je la. Huhu! Tapi kalau tengok betul-betul, nampak macam muka hantu ke yang belakang tu?

ANAKKU BUKAN ANAKKU

Sumber gambar: http://justsomething.co/24-snapchat-face-swap-fails-actually-hilarious/

Ingat boleh tengok muka anak waktu dah besar nanti, tapi rasa macam menyesal pun ada juga. Hmm apa pendapat korang tentang gambar ni? Comel ke tidak agak-agak kalau baby ada misai macam tu? Still rasa nak cium pipi baby yang bermisai tak? Babu Pian lagi cute kalau nak bandingkan dengan yang ini. Tak boleh imagine kalau gambar ni jadi kenyataan, takut baby tu sendiri meraung bila tengok muka sendiri dekat cermin.

Actually semua filter yang tak menjadi tu kelakar tau! Tak logik pun ada even scary pun ya juga! Just imagine tengah sorang-sorang dekat rumah, tengah syok main filter sampai tak perasan ada yang ‘menumpang’ sekali.. jaga-jaga girls! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kalau Tak Tau ni, Korang Bukan True BTS ARMY!

Pergi Open House Jangan Nak Membawang Pula!