in ,

SMK Damansara Damai 1 Catat Peningkatan SPM 2019

Sumber gambar: Lunaria

Orang lain yang ambil result SPM, geng Lunaria pula yang rasa nervous. Tahniah kepada semua calon SPM 2019 terutamanya calon SMK Damansara Damai 1.

Tak kisah apa result korang, asalkan korang dah buat yang terbaik waktu exam tahun lepas. For those yang tak dapat keputusan yang dimahukan, tak mengapa ya jangan risau dan jangan sedih. Perjalanan hidup korang masih lagi panjang dan jauh lagi. Jangan pernah mengalah sebab perjalanan hidup korang baru bermula..

Sumber gambar: Lunaria

Pagi tadi, Lunaria sempat singgah ke SMK Damansara Damai 1 untuk bersama-sama dengan kawan-kawan lain yang mengambil keputusan SPM 2019. Seawal jam 9 pagi mereka dah tunggu dekat luar dewan sekolah. Semuanya muka memang nervous habis, tak kisah perempuan atau lelaki, masing-masing memang tunjukkan muka yang risau.

Since ramai yang nervous, team Lunaria telah mengadakan aktiviti untuk mengurangkan rasa takut mereka. Ada yang dapat merchandise daripada team Lunaria. At least hilang sikit rasa nervous mereka since kami datang untuk menceriakan keadaan dekat sana.

Kebanyakan students yang datang berpakaian baju biasa, which is baju kurung, baju kemeja dan ada juga yang pakai t-shirt. Tak apalah, maybe nervous sebab itu sampai tak tahu nak bersiap pakai baju apa. Benda penting sekarang ini result, bukannya pakaian yang dipakai, hehe!

Sumber gambar: Lunaria

Before diumumkan nama pelajar yang mendapat 5A keatas, ada beberapa orang guru telah memberi ucapan. Banyak pesanan yang diberikan, antaranya mengingatkan tentang pengisian borang UPU serta membeli nombor pin untuk UPU. Mesti ada antara mereka yang terlupa untuk beli nombor pin dekat bank. Kalau lupa nak beli tu, kena cepat-cepat beli takut nanti dah nak dekat tarikh tamat pembelian pula.

Seramai 30 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dan ke atas. Ini merupakan pencapaian paling hebat pernah terjadi pada SMK Damansara Damai 1. Disebabkan itu, pada tahun ini mereka telah berjaya menaikkan gred sekolah purata GP daripada 5.68% pada tahun 2018 kepada 5.49% pada tahun 2019. Power korang semua! Tahniah sekali lagi sebab berjaya membawa naik nama sekolah kalian.

Sumber gambar: Lunaria

At the same time SMK Damansara Damai 1 juga berjaya mendapat kedudukan pertama di negeri Selangor dalam kategori daerah Petaling Utama. Boleh tahan juga student SMK Damansara Damai 1 ni ya, semua bijak-bijak belaka. Seramai 30 orang pelajar telah mencapai keputusan 5 A dan ke atas. Manakala, seramai 11 orang berjaya mendapat 5A, 4 orang untuk 6A, 5 orang bagi keputusan 7A, 8A pula berjaya digalas seramai 9 orang dan pelajar yang mendapat straight A’s ialah seorang.

Target sebenar untuk pelajar yang mendapat straight A’s ialah seramai 3 orang, tetapi yang berjaya hanya seorang. Ehh, seorang pun power juga tau! Dengarnya pelajar straight A’s yang bernama Idris itu sangat tidak menyangka bahawa dia akan berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang tu. Waktu form 4, dia hanya berjaya mendapatkan 2 A sahaja tetapi dengan hasil usaha, dia telah berjaya dengan cemerlang!

Sumber gambar: Lunaria

Kami di Lunaria turut berbangga dengan hasil usaha semua pelajar. Tak kisah berapa pun result korang tapi asalkan jangan pernah putus asa dengan segalanya. Semoga berjaya dalam kehidupan dan lepas ini korang akan melonjak ke alam dewasa maka dengan itu akan ada banyak cabaran akan korang temui. Jangan give up okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Kata Belajar Sendiri Tak Boleh Straight A’s? Idris Fadli Ada Bukti!

Lepasan SPM! Ini Mungkin Course Yang Kurang Peluang Pekerjaan