in ,

SM Entertainment Buka Online Audition Untuk Cari Bakat Baru!

Sumber gambar: www.cosmo.ph

Zaman sekarang ini, memang ramai sangat anak muda seperti korang yang ada cita-cita yang sangat unik sebab sudah wujud banyak pekerjaan yang lebih baik seiring dengan perkembangan teknologi, sosial dan lain-lain. Ada juga yang lebih suka memilih pekerjaan yang popular contohnya ingin menjadi seorang penyanyi, pelakon atau yang berkaitan dengan industri hiburan kerana ia juga tidak kurang membuahkan hasil yang lumayan. Perkembangan muzik K-Pop di dunia pun memang memberansangkan dan membuatkan ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang K-Pop idol.

Ya! Bercakap tentang nak jadi K-Pop idol ini. Apa yang korang perlu tahu adalah ia penuh dengan cabaran sebab korang perlu lalui pelbagai proses, bukan sahaja cabaran bertahun sebagai seorang trainee, malah saat nak tunggu korang debut dan lain-lain pun memang memakan waktu yang agak lama kecuali jika korang memang seorang yang beruntung dalam hidup untuk kecapi semua itu dalam waktu yang singkat.

Sumber gambar: FY NCT

Ada juga khabar gembira untuk korang yang memang berangan nak jadi idol dan jika korang ada bakat terpendam, why not korang cuba tunjukkannya pada SM Entertainment? Memang ini lah masa korang untuk serlahkan bakat korang dalam bidang nyanyian, menari, berlakon, malahan modelling… Ini kerana pada awal Mei lalu, Instagram rasmi SM Entertainment iaitu @smtown telah membuat pengumuman tentang online audition dalam mencari bakat baru dan nak bantu korang yang nak luaskan lagi pengetahuan korang dalam industri sebagai K-Pop idol! Woah! Kalau korang tak cuba, memang rugi!

Sumber gambar: smtown rookies

Antara syarat utama yang diunggah dalam post @smtown mengenai online audition ini bagi korang yang berminat adalah korang perlu lahir dari tahun 2000 ke 2010. Tiada syarat yang dikenakan dari segi kewarganegaraan, bangsa dan juga jantina, as long as korang dari batch 2000 ke 2010. Kalau korang nak submit online audition ini korang perlu sertakan file seperti video untuk dance dan bakat korang yang nak ditunjukkan, music file untuk nyanyian korang, dan juga gambar korang di sisi hadapan dan juga tepi kiri kanan yang sudah pasti tidak diedit, tanpa filter, tanpa make up dan juga korang serta kan sekali dengan make up jika perlu. Untuk subject emel nanti, korang perlu tulis nama, umur, jantina dan kategori sebagai contoh (Zoe/18/Female/Singer).

Sumber gambar: kpopviral

Jangan risau sebab online audition ini terbuka kepada ramai orang Asia juga seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan untuk korang yang berasal dari negara South-East Asia yang lain korang boleh email pada [email protected] . Mana lah tahu, selepas ini ada pula warga Malaysia yang debut as K-Pop idol kan? Mesti lagi wow! Untuk pengetahuan korang juga, SM Entertainment juga adalah salah satu syarikat yang memang ada ramai bakat yang berasal dari negara lain seperti China, Hong Kong, Thailand, USA dan lain-lain. Jadi untuk korang yang berbakat dan seorang yang bekerja keras, korang boleh cuba gunakan peluang yang dibuka SM Entertainment kali ini sebaik mungkin. Hehe!

Sumber gambar: kpopcelebgossip

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Bila sm entertainment nk buat uji bakat balik ye untuk tahun 2020 sebab saya nk cuba bakat saya .sebab 2017 dulu saya tk sempat nk pergi uji bakat tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

ASTRO Raih Album Terlaris Minggu Ini

Movie Sesuai Untuk Tontonan Remaja Kebosanan