in ,

SM Bakal Buka Taman Tema VR K-Idol!

Sumber gambar: koreaboo.com

Impian peminat Kpop bakal menjadi kenyataan bila dikatakan SM Entertainment bakal buka satu taman tema virtual reality (VR) untuk korang! Berita ni disahkan sendiri dekat website Koreaboo!

Baru-baru ni juga syarikat VR THIRTEENTH FLOOR ada umumkan yang mereka bakal berkolaborasi bersama dengan syarikat SM Entertainment bagi mencipta satu taman tema VR sendiri. Wowww, tak sabarnya, agak-agak lepas ni kalau pergi Korea boleh la singgah kejap dekat situ, hehe!

Image result for everland vr sm entertainment
Sumber gambar: Allkpop

Taman tema VR ni terletak dekat tingkat enam dalam bangunan SMTOWN COEX Artrium dekat Gangnam, Seoul Korea. Ya, dekat Korea la, takkan dekat Malaysia pula kan. Korang boleh masukkan tempat ni sebagai salah satu destinasi ‘wajib’ dikunjungi kalau korang ke Korea. Mesti best sebab korang dapat tengok K-Idol kegemaran dalam versi VR.

Apa yang lagi best ialah taman tema VR yang bakal dibuka ni akan menghasilkan artis popular seperti Kai EXO, Irene Red Velvet, NCT Dream dan ramai lagi artis yang berada di bawah naungan SM yang lain. Kiranya mereka ni akan bersama dengan korang untuk menikmati pengalaman dekat taman tema tu sendiri. Ehh, siapa je yang tak teringin nak pergi theme park date dengan artis kegemaran dia kan? Walaupun dalam versi VR, mesti korang pun rasa excited juga kan, haha!

Sumber gambar: Pinterest / Kprofiles

Taman tema ni dah pun diberi nama iaitu Everland dan antara tarikan lain yang ada dekat dalam taman tema VR ni ialah Safari & Lost Valley dan juga T-Express yang mana para pengunjung dapat menaiki semua permainan sambil ‘ditemani’ oleh bintang K-Pop dalam versi VR. Alaaa, boleh la feeling macam tengah dating dengan Kai kan dekat sana, mesti best!

Ehh, bukan tu je tau, korang pun berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan NCT Dream secara VR menerusi permainan dan perbualan dekat dalam Memory Room. Haihh, boleh juga feeling berborak dengan oppa yang cute ni! Balik tu confirm korang tak boleh tidur malam sebab asyik berangan tak habis.

Sumber gambar: Koreaboo
Sumber gambar: Koreaboo

Katanya taman tema ni akan dibuka pada bulan Disember ni, cuma tak pasti sama ada sekarang ni dah dibuka atau belum. Kalau sesiapa yang ada dekat Seoul tu boleh la singgah dulu kejap tengok dah buka ke belum, haha! For those yang akan ke Korea, jangan lupa masukkan Everland ni ya! Baru la complete percuti korang dekat sana, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Daftar Kelas Tuisyen Awal

Aktiviti Best Di Hari Pertama Sekolah