in ,

Skin Care Wajib Untuk Boys Squad!

Sumber gambar: irishtimes.com

Kebersihan diri memang meliputi semua yang berada di sekeliling kita. Tidak kira lah sama ada ia rumah, kawasan sekitar yang kita duduk ke, anggota badan dan antara yang paling utama adalah wajah. Kalau korang nak tahu wajah ini, bukan setakat perempuan sahaja yang kena jaga. Tapi lelaki pun kena juga jaga. Iyalah, zaman sekarang ini kan banyak betul faktor yang menyebabkan udara sekeliling kita kotor. Jadi, bahagian muka pun selalunya akan terkesan. Jadi, untuk boys squad biar kami kongsi dengan korang skin care bagaimana yang perlu korang follow! Hehe!

FACIAL WASH

Sumber gambar: Twitter

Untuk pengetahuan korang, lelaki memang wajib cuci muka. Sebab kegunaan mencuci muka dengan facial wash ini adalah untuk membersihkan wajah korang daripada kotoran dan debu, juga menghindarkan muka korang dari kelihatan kusam. Jadi, korang yang boys squad ini memang sudah tak boleh anggap cuci muka ini tak penting sebab cuaca sekarang memang kurang baik untuk wajah korang tidak kira lelaki atau perempuan, lebih lagi lelaki punya kulit ini memang lebih berminyak jika nak dibandingkan dengan perempuan.

MOISTURIZER

Sumber gambar: Beautytap

Lelaki pun perlu jaga muka dengan memakai pelembap muka setiap siang dan malam. Pastikan korang sentiasa pakai pelembap sebab ia boleh kekalkan kelembapan dan buat muka korang lebih segar. Kalau korang confused nak pakai pelembap yang jenis apa, cukup korang sapu aloe vera sebab ia pun berfungsi sebagai moisturizer terbaik.

SUNSCREEN

Sumber gambar: Pin Interest

Disebabkan lelaki memang sentiasa diperlukan untuk keluar pergi beli barang ke, pergi sukan waktu petang ke dan pergi ke sekolah naik motor atau basikal. Korang sudah pasti akan terdedah dengan cahaya matahari. Untuk pengetahuan korang, sinaran cahaya matahari ini sebenarnya tidak baik untuk kulit kita dan ia boleh menyebabkan banyak penyakit kalau kita tak lindunginya dengan memakai sunscreen. Make sure sunscreen korang itu, ada SPF 30 ke atas dan kalau kandungannya ada tertulis UVA dan UVB ia lebih baik untuk kulit korang.Β 

RAWATAN MINGGUAN

Sumber gambar: Quora

Selain dari itu, korang yang lelaki pun wajib lakukan rawatan mingguan seperti scrub and mask. Untuk scrub, biasanya ia berfungsi untuk buang sel kulit mati dan korang boleh sekurangnya scrub muka dua kali satu minggu. Bagi mask pula, mesti ramai kaum lelaki yang malas nak bancuh sendiri kan? Jadi, korang beli sahaja di mana-mana drugstore dan make sure gunakan dua kali dalam satu minggu juga.

See? Senang sahaja tau cara korang perlu jaga muka korang. Tak perlu terlalu follow cara yang sama seperti perempuan pun tak apa. Tapi kalau korang rajin dan nak cuba pun tak salah, asalkan korang tahu jenis produk macam mana yang sesuai dengan korang.

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Influenza Cepat Merebak, Ini Langkah Berjaga-Jaga

EXO Chen Umum Nak Kahwin Sebab Tunang Dah Hamil?!