in ,

Skin Care Paling Simple Ala LunaSquad

Sumber gambar: www.instagram.com/dinna_lunaria

Setiap kali dalam QnA di Instagram stories @lunariamy memang ramai sangat #Lunagirls yang selalu beri soalan apa tips skincare #Lunasquad. Haha! Kalau korang nak tahu, kulit kami semua ini biasa sahaja dan tak selalu pun nampak flawless tau! Sebab kadang-kadang ada masa, kami punya muka pun normal, tumbuh jerawat dan breakout tetapi kami khas untuk #Lunagirls semua kali ini. Kami kongsi rutin skincare harian kami dengan korang ya! Hehe!

Okay so Faya punya skin is combination/sensitive. Maknanya Faya tak boleh guna banyak sangat produk yang terlalu acidic or made for oily skin sebab selalu akan dapat dry patches on my T-zone especially my nose. So, in the morning I will wash my face with Innisfree green tea cleanser and use micellar water to tone, pastu guna Innisfree green tea seed serum. Tak boleh guna moisturiser sebab mesti confirm akan breakout. Tapi kalau makeup MESTI guna primer (fenty beauty instant retouch primer) and SPF which is Loreal UV Perfect Super Aqua Essence. Kalau night time, just repeat saja the same stuff except I will use a different serum which is Aesop Parsley Seed Anti-Oxidant Serum. Kalau breakout, I will definitely use a clay mask special untuk blemish which is Aesop Chamomile Concentrate Anti-Blemish Masque. Ok tu jee tak flawless pun LOL sedih tapi sis try. -Faya-

Sumber gambar: Instagram lunariamy

Kalau Zoe, kulit jenis combination tetapi tak sensitif sangat. Kalau rutin skincare pagi Zoe biasanya lebih ringan sebab Zoe akan cuci muka guna Senka perfect whip facial cleanser, selepas itu Zoe akan wajib pakai toner Hatomugi skin conditioner selama 5 minit dan pakai Guardian aloe vera untuk kekal moisturize. Oh ya! Kalau Zoe keluar, Zoe akan pakai sunblock! Macam rutin untuk malam hari pula, dia lebih sikit lah sebab Zoe akan cuci muka dengan Senka perfect whip facial cleanser, double cleanse with Senka all clear oil, tekap toner Hatomugi skin conditioner selama 5 minit, dab lapisan second toner Lost and Found Seoul sebab kulit Zoe memang senang naik jerawat. Selepas itu, Zoe akan pakai face sheet mask sebelum tidur sebab itu wajib! Hehe! Macam krim muka dan essence itu, biasanya Zoe pakai seminggu dalam 2-3 kali sahaja sebab malas dan rimas. Nasib baik Zoe masih maintain cute walaupun banyak jerawat! Hehe! -Zoe-

Sumber gambar: Instagram lunariamy

Basically, kulit I adalah jenis oily and what I do is every morning and night. I akan guna micellar water on my face, after that baru I akan basuh dengan face wash. I keringkan muka dengan dab dab guna towel yang asing. Selepas itu, I guna toner, seterusnya serum dan lepas itu moisturizer. Ha itu sahaja, kecuali kalau siang biasanya I akan apply sunscreen dan kalau I ada jerawat, malam tu I akan guna pimple acne gel. That’s all! -Tee-

Sumber gambar: Instagram lunariamy

Macam Ainaa, kulit Ainaa jenis combination tetapi kadang-kadang boleh dry juga. Ainaa, tiada skincare routine yang tetap sebab kalau ingat Ainaa buat, kalau tak ingat Ainaa tak buat. Jadi, biasanya kalau balik rumah, Ainaa akan cuci mekap guna pencuci mekap Garnier then cuci muka guna oil cleanser dan guna Hada Labo punya pencuci muka biasa pula. After that, untuk malam Ainaa apply moisturizer dan essence, itu pun kadang-kadang kalau rajin Ainaa pakai serum juga. Face sheet mask pula Ainaa akan pakai kalau memang bosan tak tahu nak buat apa. Itu saja, sebab Ainaa memang tak jaga sangat. -Ainaa-

Sumber gambar: Instagram lunariamy

Ha! Jadi, soalan yang selalu sangat naik waktu QnA yang selalu korang tanya ini dah terjawab tak? Untuk pengetahuan korang, tidak semestinya skincare apa yang kami kongsi ini sesuai dengan kulit korang. Kalau nak cuba boleh sahaja tetapi lebih baik korang guna step by step. Contohnya, kalau tak pernah cuba pakai toner dan essence. Korang beli toner sahaja dulu, jika sesuai teruskan, jika tidak, stop pakai dan guna produk yang sesuai sahaja okay. Macam serum dan lain-lain itu pun sama. Biasanya skincare step yang ada melibatkan exfoliate/scrub, pencuci muka, toner, face sheet mask, essence, moisturizer, cream, serum dan sunblock. Ala, konon nak ikut 10 skincare routine yang menjadi ikutan sekarang ini lah kan… Haha! Tapi untuk korang yang kulit masih lagi muda ini, sebaiknya jangan terlalu terdesak untuk flawless dan pakai apa yang mampu dulu dan cukup kan 5 rutin skincare seperti cuci muka, toner, essence, moisturizer dan sunblock pun sudah cukup memadai.Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tarikh Pembukaan Semula Persekolahan Bakal Diumumkan

Park Seo Jun Kongsi Kegembiraan Di YouTube