in ,

Situasi Sebenar Terjadi Di Rumah Sepanjang RMO

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Day-21 #StayAtHome . Setakat ni rasanya dah buat semua benda dekat rumah ni tapi sampai sekarang masih lagi tak tahu nak buat apa lagi

Ramai cakap bila musim PKP ni, banyak benda yang kita boleh buat. Ya, tak dinafikan memang banyak benda yang kita boleh lakukan dekat rumah bersama-sama dengan family. At the same time ia juga membuatkan hubungan kekeluargaan semakin rapat. Tapi itu semua mungkin berlaku pada minggu pertama dan kedua arahan PKP ni.

Sekarang dah masuk minggu ke-3 yang mana macam-macam perkara dah terjadi dekat dalam rumah ni. Sana sini orang cakap kalau duduk rumah boleh maintain cantik, bersiap pakai cantik-cantik tapi duduk rumah sahaja. Tetapi ada hakikat disebalik semua perkara tu. Macam Ainaa cakap tadi, ia mungkin terjadi pada minggu awal sahaja, sekarang dan kucar kacir semuanya. Jom kita check it out hakikat sebenar aktiviti dekat rumah…

BANGUN LAMBAT

via GIPHY

Dekat social media bukan main up story awal pagi seawal 6:30 pagi. Hakikatnya mak korang baru lepas kejut solat Subuh dan korang pun pergi la menunaikan solat. Tapi… Lepas settle je solat tu korang terus ke katil untuk sambung tidur semula. Ada juga yang decided untuk sambung tidur dekat atas sejadah sambil pakai telekung sebab katanya best tidur dengan telekung. Tidur punya tidur, maka dengan itu pukul 9 atau 10 pagi baru koran bangun, itu pun sebab perut lapar. Itu pun kalau bangun pukul 10, what if bangun pukul 12? Bangun je terus dah makan tengahari. Dengan tanpa rasa serba salah korang pun up story makanan lunch, padahal itu ialah brunch sebab bangun lambat. Betul tak korang buat macam ni? Hehe!

KENA BEBEL DENGAN MAK

Tadi dah kena kejut pukul 8 pagi, pukul 9 kejut tak bangun juga. Akhirnya mak korang pun lakukan skill mak mak iaitu tutup kipas, buka lampu dan buka langsir. Dengan itu korang pun akan terjaga sebab kepanasan. Silap besar kalau korang bangun dan buka semula kipas sebab disaat itu la korang akan dengar jeritan seorang ibu yang stress dengan anak-anak bangun lambat! Bukan setakat kena bebel sebab bangun lambat, korang juga mandi lambat dan tak tolong buat kerja rumah. Hari-hari la dengar mak membebel, sekali dapat pula jiran sebelah pun tengah membebel. Satu taman boleh dengar ramai para ibu membebel pagi-pagi.

TENGAHARI BARU MANDI

Kalau bangun pun pukul 11, takkan nak terus mandi kan? Mesti ada yang melengahkan masa dengan makan dulu then scroll phone, tengok movie, update social media. End up tengahari baru nak mandi. Ingatkan duduk dekat rumah ni boleh la feeling bangun awal then mandi after that buat kerja rumah. Hakikatnya tidak sama sekali, korang mesti akan bangun lambat. Mandi pun sehari sekali, jimat air katanya. Jangan biasakan mandi lambat tau nanti rasa badan tu lemau je. Sekali sekala mandi la awal sikit, baru la rasa segar seharian walaupun duduk rumah je.

MAIN PHONE SETIAP MASA

via GIPHY

Bangun tidur, main phone. Tengah makan, main phone. Tengah berak pun main phone juga? Ha, makan je la phone tu lagi senang.

Pernah dengar mak korang membebel seperti di atas tak? Pagi petang siang malam asyik mengadap phone je.. tak penat ke geng? Walaupun duduk rumah buatkan kita rasa terkongkong sebab tak boleh keluar berjalan tapi janganlah kita asyik main phone sahaja nanti rosak pula mata. Jari pun boleh jadi lenguh tau. Bermula di Twitter, then beralih ke Instagram, kemudian TikTok. Tak habis di situ, scroll pula YouTube nak tengok video apa yang best untuk hari ini. Maka dengan itu hari korang habis dengan tengok phone je, makan pun tidak.

BERGADUH DENGAN SIBLINGS

via GIPHY

Adik! Kakak suruh ambil air je.. Itu pun susah ke?
Kakak! Ada kaki tangan? Ambillah sendiri!

Setiap hari mesti ada scene pergaduhan antara adik-beradik. Waktu mula-mula okay nak menghadap muka masing-masing di rumah. Lama kelamaan, semua benda boleh buat gaduh. Itu baru gaduh sikit, belum gaduh berebut remote TV lagi. Silap haribulan dua-dua kena duduk luar sebab bising sangat. Apa pun yang terjadi, kita hargailah masa bersama keluarga ya. Bukan selalu dapat spend time sebulan dekat rumah dengan family tanpa ke mana-mana.Β Good luck, kita ada berbaki lagi seminggu je lagi nak manja-manja dengan family!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Boys Baru Nak Up Korang Boleh Usha

Cara Belajar Mudah Hanya Dengan TV Okey