in ,

Sisi Gelap Dunia K-Pop! Jeng Jeng Jeng….

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Kalau cakap tentang Korea, semua best! K-Idol best, nak pergi melancong pun best, makan pun best dan macam-macam lagi lah! Bila tengok life K-Idol happy and fun je selalu! Lebih lagi kalau K-Idol buat tour, OMG seronoknya! Tapi #Lunagirls, nak tahu tak disebalik senyuman oppa dan unnie yang hiburkan kita, ada beberapa fakta pelik tapi benar tentang kehidupan mereka!

SASAENG

Sumber Gambar: https://www.liputan6.com

Ha! Mesti tertanyakan siapa sasaeng ni? Sasaeng ialah over-obsessive fan of a Korean idol, atau mana-mana artis tempatan! Tahap obses mereka sampai tahap stalk dahsyat tau! Perkara paling extreme yang sasaeng ni boleh buat adalah dapatkan maklumat peribadi favorite penyanyi dorang, ikut sampai balik rumah dan ready untuk serang tau! Perkara ni pernah terjadi kepada Yoochun JYJ.. Seram kan #Lunagirls?

ANTI FANS

Sumber Gambar: https://www.soompi.com

Kalau sasaeng die hard fans, anti fans ni adalah haters! Tapi dekat sana bukan macam dekat Malaysia yang cuma kutuk melalui media sosial, anti fans akan serang betul-betul girls! Yang paling creepy, ada yang siap hantar surat ugutan bunuh, hantar patung yang penuh dengan darah dan macam-macam lagi benda pelik! Takutnya… nasib fans dekat Malaysia masih ok! Haha!

NO RELATIONSHIP

Sumber Gambar: https://www.musicjinni.co/

Kebanyakan K-Idol akan terikat dengan agensi masing-masing untuk beberapa tahun.. Jadi ada beberapa agensi tidak benarkan K-Idol bawah syarikat mereka bercinta tau! Sebab mereka takut bila K-Idol dating akan ganggu jadual kerja dan fokus! #Lunagirls rasa punca Kai dan Jennie BLACKPINK break up sebab apa eh? Hmm…

RASISME

Sumber Gambar: http://pontianak.tribunnews.com

Rasisme ni merupakan satu kepercayaan yang memandang rendah terhadap orang lain! Untuk masuk dunia hiburan di Korea make sure untuk ada fair skin and muka cute tau! Mereka lebih suka muka comel and manja gitu.. Sebab itulah Lisa BLACKPINK boleh masuk dalam industri hiburan Korea walaupun dia ‘mek tom yam’ Hihi!

Ha! Sekarang #Lunagirls tahu dah tak semua manis dalam dunia K-Pop tau! Walaupun kehidupan K-Idol nampak best, tapi kita tak tahu bagaimana mereka terpaksa deal dengan orang-orang yang berperangai pelik tapi benar ni! Let’s spread more love!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hadiah Apa Nak Bagi BFF Ni.. Bunga? Kek? Kucing?

Earphone Fake Vs Ori, Macam Mana Nak Detect?