in ,

Hati Girls Mudah Melting Bila….

Sumber gambar: www.polygon.com

Boys ni suka buat kita melting kan? Hmm, lagi-lagi kalau boy tu ialah our crush! Cair terus hati ni..

Amboi, rapuh betul hati tu ya. Senang je nak cair kalau crush layan lebih sikit. Since hati korang ni cepat sangat cair kalau ada boys layan lebih sikit, dekat bawah ni Ainaa akan list a few things yang buatkan korang bertambah lagi melting!

SELALU PUJI

via GIPHY

Dah nama pun perempuan, mesti senang je melting kalau ada orang puji. Lagi kembang kalau yang puji tu ialah boys! Sometimes maybe dia akan puji tudung korang cantik, gaya percakapan korang lemah lembut atau sikap mature korang tu yang buatkan dia suka. Tapi jangan termakan sangat pujian tu, takut ada udang di sebalik mee rebus pula.

KENALKAN KITA DEKAT KAWAN-KAWAN

Sumber gambar: https://pairedlife.com/friendship/funny-nicknames-for-guys-and-girls

Dapat tambah kenalan ni best juga, at least boleh la share cerita kita. BTW, ni rahsia kita je ya… Biasanya lelaki kalau dia kenalkan kita dekat kawan-kawan dia, maksudnya dia ada niat nak serious dengan kita tau. Mula-mula bawa jumpa kawan-kawan, esok lusa jumpa family pula ke. Hehe!

SELALU BAGI PICUKUP LINE

Sumber gambar: https://twitter.com/hotfm976/status/568700706351239168

Pickup line ni benda paling sweet yang lelaki boleh bagi dekat perempuan tanpa perlu keluarkan duit. Tak kisah la kalau pickup line tu dah lama atau recycle sekali pun, confirm tersengih je kan. Kadang-kadang lelaki ni, kalau dia nak mengorat, pakai pickup line je dah boleh buat hati kita cair.

AMBIL BERAT

via GIPHY

Bila kita tengah down, ada banyak masalah dan sedih, mesti dia la orang yang akan selalu ada untuk tenangkan kita. Dia datang dengan pakej sesi luahan perasaan, khidmat nasihat dan ‘kaunseling’, hehe! Lelaki macam ni nampaknya ada effort untuk pujuk kita bila tengah dalam masalah. Kalau jadi BFF, dia la yang akan selalu protect kita dekat sekolah #FriendZone.

Ehem, melting tu melting juga sis. Jangan sampai fikiran terbang melayang, asyik berangan je ya. Lagi bagus kalau ajak sekali lelaki yang suka buat korang melting tu study sama-sama, baru la dua-dua jadi pelajar contoh. Eh?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Media Sosial Jadi ‘Gelap’ Bila FB, IG Dan WS Down…

Nipple Gatal Sampai Jadi Kering, Kenapa Ni?!😰