in ,

Single Itu Tanda Kita Tak Laku? Seriously?

Sumber gambar: pinterest.com/btsmeme

Single or in a relationship? Kalau korang in a relationship mesti korang seronokkan? Sebab hidup korang ada yang wish selamat pagi, selamat malam dan ada yang ambil berat dan tanya khabar, betul tak? Macam mana pula dengan korang yang single ini? Selalunya hari korang akan di isi dengan apa sahaja? Ada tak yang ambil berat tentang korang, walaupun tiada pasangan? Ala, janganlah sedih okay! Cuba senyum sikit sebab kami akan cakap dengan korang apa yang best tentang jadi seorang yang single walaupun ada mulut jahat yang cakap single itu tanda kita tak laku? Apa? Biar betul! Eee rasa nak cili saja mulut mereka ini kan?

Sumber gambar: iFunny

Mesti kebanyakan korang yang masih single itu ada yang terasa sebab ada kawan-kawan yang kata orang single ini adalah orang yang tak famous? Dimanakah logiknya? Hanya sebab korang single korang tak glamour? Sebenarnya ramai saja orang fanous yang single tau! Cuba korang tengok penyanyi, pelakon dan artis yang korang suka itu, ada saja antara mereka memang popular tapi masih single. Eleh, korang yang in a relationship ini sedap saja kata kawan single itu tak laku kan? Mungkin mereka belum temukan orang yang betul yang kena dengan dia dan hati dia sebab itulah dia single, betul tak?

Sumber gambar: Ebaumworlds

Selain itu, kalau setakat selalu in a relationship untuk bagi meramaikan jemaah ‘EX’ korang dalam hidup nak buat apa kan? Orang yang bangga sangat diri dia laku dan banyak kali in a relationship ini sebenarnya menunjukkan diri korang sebenarnya tak bijak dan bertanggungjawab dalam memberi komitmen dalam sesuatu hubungan ya! Which is sangat tidak sihat. Jika itu yang antara sebab kenapa korang bangga sangat, hmm… kami tak tahu nak cakap apa. Haha!

Sumber gambar: Pin Interest

Kemudian, orang single ini soon akan dapat orang yang lebih berkualiti sebagai pasangan korang sebabnya korang adalah orang yang tak terburu-buru. Tambahan, jangan dengar cakap orang, mana tahu lagi ambil masa korang cari, lebih baik pasangan yang korang dapat. Iyalah, orang kata semuanya ada hikmahnya, betul tak?

Sumber gambar: Zen

Selepas itu ada yang kata jadi orang single ini tak best sebab tak ada orang boleh beri semangat dan support korang? Ish! Ish! Siapa yang cakap? Habis itu bagaimana dengan mak, ayah, adik, abang, kakak dan kawan-kawan korang itu? Mereka semua kan selalu ada dengan korang dan selalu bagi perhatian 24/7 pada korang tak akan sebab tak in a relationship korang rasa tiada yang selalu beri semangat dan sokongan. Jangan begitu ya kawan-kawan!Β 

Sumber gambar: Pin Interest

Banyak sebab sebenarnya kenapa orang single dan boleh jadi alasan mereka adalah sebab tak boleh move on dengan yang lama, nak jimat sebab in a relationship ini kan banyak keluar modal, hehe! Ada yang nak lebih hati-hati memilih, nak settlekan impian dan fokus cita-cita dulu. Banyak lagi alasan yang boleh jadi kenapa orang boleh single bukan sebab tak laku dan stop fikir apa orang nak cakap dan jangan sampai pengaruh benda best yang korang dah buat dan capai sebelum ini sampai korang sedih okay! Senyum sikit! Hehe!

Sumber gambar: Amino

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Outfit Idea Untuk Keluar Dating!

Bad Hair Day? Ini Penyelesaian Untuk Korang