in ,

Simptom Normal Ketika Kita Period

Sumber gambar: https://www.honestdocs.id/sakit-perut-bagian-bawah-pada-wanita

Bila tiba saja masanya setiap bulan sekali, mesti perempuan akan ada hari dimana mood swing dia semakin meningkat kepada level 10,000 dan waktu itu korang janganlah kacau dan sakitkan hati mereka. Kita sebagai perempuan pun bukannya suka sangat bila mood swing kita sampai, betul tak #Lunagirls sebab tahap kena nak tahan sabar itu memang tahap dah terlalu pasrah. Tapi korang kena ingat itu merupakan benda normal yang jadi kepada sesetengah orang dan ada banyak lagi simptom yang normal perlu korang tahu…

BERAT NAIK

via GIPHY

Ramai girls yang risau bila waktu period saja berat badan naik. Untuk pengetahuan korang berat badan korang itu naik sekejap saja lepas itu dia akan back to normal. Ini sebab sebenarnya waktu korang period badan korang akan terlebih air dan itu memang normal dan tidak ada sebarang masalah.

BERJERAWAT

Sumber gambar:

Ada yang mudah berjerawat dan ada yang tidak. Bagi yang tak pernah ada dan tiba-tiba berjerawat itu adalah benda biasa. Iya lah hormon badan kita ini akan berubah mengikut umur kita. Jadi tak ada benda yang perlu dirisaukan mengenai jerawat korang yang tiba-tiba muncul itu sampai perlu beli pelbagai produk untuk hilangkan.

CIRIT-BIRIT

via GIPHY

Selain senggugut, cirit-birit pun merupakan satu perkara biasa yang akan jadi semasa korang period . jadi kalau asyik berulang kali ke tandas itu tak perlu lah syak keracunan makanan ke dan lain-lain.Just ambil ubat dan berehat pun memadai.Β 

TIDUR 24/7

Sumber gambar:

Rasa malas dan mengantuk sepanjang masa pun adalah simptom biasa dan normal. Ini sebab badan kita tengah berada dalam keadaan stress dan memang biasa kalau kita selalu rasa nak tidur sepanjang masa walaupun sebenarnya kita sudah cukup tidur dalam masa sehari.

Kalau masa period korang dah sampai, korang jangan risau sangat jika korang mengalami masalah ini. Selain dari itu, ia juga normal kalau korang datang haid lambat sedikit dari tarikh jangkaan yang korang dah take note dalam reminder. Kalau ada masalah period yang buat #Lunagirls risau sangat itu, LUNARIA cadangkan korang terus pergi jumpa doktor atau pakar terus sebab lebih mudah dan mereka lebih tahu dan akan bantu awak semua sebaik mungkin.

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No More Iklan Ubat Kurus Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun Instagram!

Cup Bra Bulat Pun Boleh Jadi Petak Kalau Masuk Mesin Basuh!