in ,

Simpan Makeup Dalam Fridge Untuk Tahan Lagi Lama!

Sumber Gambar: https://www.cosmo.ph

Eh! Sekarang kan tengah trend pasal beauty fridge atau tempat simpanan skincare product. Ye la beli dah mahal kan, kena la simpan betul-betul. Sebab ia bukan saja menjaga kualiti skincare tu  tapi meja make up korang pun akan lebih kemas. Tapi dekat mana pun tempat simpanan korang, make sure korang take note dekat a few products ni supaya ia kekal elok bila korang pakai.

SHEET MASK

via GIPHY

Siapa dekat sini suka letak sheet mask dalam laci? Ha! Cara korang dah salah tu girls, sebabnya kalau nak sheet mask ni terus segar dan lembap, kena la letakkan di tempat yang sejuk dan tak kena matahari tak pun letak je dalam peti ais. Baru la kebaikan dalam mask tu terjamin.

KRIM MATA SEJUK

Sumber Gambar: https://www.merdeka.com/

Ramai yang bangun dengan mata sembab, dan biasanya kita ingat sebab tidur lambat atau menangis waktu malam. Tapi sebenarnya girls, ia adalah cecair yang bertakung di bawah mata semasa tidur. Jadi macam mana nak kurangkan sembapan? Korang boleh simpan krim atau gel mata di dalam peti ais, kesejukkan tu akan mengecutkan saluran darah dan mengurangkan sembapan mata.

NAIL POLISH

via GIPHY

Cahaya dan haba boleh membuatkan pewarna kuku menjadi pekat dan bertukar warna. Bila dah pekat, susah nak apply dekat kuku. Bukan tu je, kuku pun akan nampak tak cantik. So apa korang boleh buat, simpan la nail polish di dalam peti ais, agar teksturnya kekal cair dan bila disapu ia akan sekata dan smooth je.

LIQUID MAKEUP

Sumber Gambar: https://www.flipkart.com

Liquid make up ni termasuk la maskara, eyeliner dan lip gloss. Kalau nak kesemua benda ni tahan lama, korang boleh letak dalam peti ais agar liquid nya sentiasa cair, tak pekat dan tak kering. Macam mana liquid tu boleh pekat? Udara yang masuk akan mengeringkan liquid dalam botol tu setiap kali kita gunakan. Kalau korang perasan, certain maskara tu tak habis lagi tapi dah tak lekat dekat bulu mata sebab ia kering dan mengeras dalam botol tu.

Walaupun tak ada beauty fridge, tak apa girls, asalkan kita ada peti ais untuk menyimpan product ni. Tapi jangan pula korang letak dekat freezer, cukup dengan letakkan di bahagian yang sejuk. Make sure juga korang letak dalam bekas make up. Jangan main tabur je, takut mak marah pula sebab bercampur dengan barang makan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Sepit Rambut Tudung Tiru Watak Yaya Boboiboy?

Karya Remaja 16 Tahun Dapat Pengiktirafan!