in ,

Sifu TikTok, Aqil Zulkiflee Tak Kisah Adik Perasan Jungkook BTS!

Sumber gambar: lunaria.com.my

Memang tak dapat dinafikan, zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman dulu sebab kalau nak buat duit banyak, apa yang korang perlu buat hanya naikkan nama korang di medium media sosial sahaja dan boom! Dari situ akan banyak lubuk kerja yang korang boleh buat. Sama juga dengan TikTok famous iaitu Aqil Zulkiflee yang sekarang ini sedang bekerja sebagai part time influencer dan usahawan muda dengan menjual corndog! Eh korang yang tinggal sekitar Melaka dah cuba ke corndog Aqil jual?

 

View this post on Instagram

 

Nak rasa @corndog.aqilicious ? Haa orang Johor boleh datang ANGSANA JB pada 23-27 Januari ni okay😍 Tag orang2 Johor ❤️

A post shared by CORNDOG AQILICIOUS (@corndog.aqilicious) on

Untuk pengetahuan korang yang belum mengenali Aqil Zulkiflee, sebenarnya dia dah lama dalam dunia TikTok yang mana sebelum nama TikTok dikenali ramai orang lagi. Walaupun ada beberapa orang yang selalu pandang enteng dengan majoriti individu yang bermain TikTok, korang nak tahu tak yang Aqil ini sebenarnya memang pandai dan dia juga adalah kelulusan Safety, Health and Environment tau! Cuma buat masa sekarang ini dia nak fokus dengan bisnes corndog dia! Eh nak tahu tak, yang corndog Aqil jual ini memang menarik tau sebab siap ada flavour coklat dan strawberi tau! Kalau korang nak cuba, korang cubalah cari di Melaka atau food festival sebab dia selalu ada di situ.

@aqilzulkifleeLepas Solat Jumaat kita menari lu 😂 ##hotdeejatiktokchamp @hotfm976♬ Золото ( Rakurs & Ramirez Remix) – Kartashow/Мари Краймбрери

Cakap tentang TikTok yang Aqil selalu buat, biasanya dia akan buat TikTok bergantung pada masa lapangnya dan sekurangnya dia akan buat TikTok seminggu sekali dan bagi Aqil untuk korang yang nak buat TikTok dan aim nak jadi famous di mana-mana medium media sosial, korang perlu kreatif dan pastikan content yang korang nak buat itu possibility untuk jadi viral tinggi atau korang boleh cuba parodikan semula video yang sudah viral. Lebih lagi zaman sekarang, ramai sangat yang nak dapat nama dan jadi popular sebab korang boleh jana pendapatan dengan banyak. 

@aqilzulkifleeHalkum patah 😂 Gais tolong pergi tiktok @hotfm976 dan like video aqil tau. Thank you❤️♬ original sound – aqilzulkiflee

Hal itu juga tidak dinafikan Aqil sebab dia kata yang melalui TikTok, Aqil pernah dapat telefon dan duit melalui pertandingan yang TikTok anjurkan. Bukan setakat itu, Aqil juga pernah melakukan promosi untuk TikTok sendiri semasa nama TikTok belum naik lagi. Jadi, hanya melalui TikTok ini pun boleh buat banyak duit. Hmm! Korang tunggu apa lagi? Ramai juga yang DM dan hantar teks dekat Aqil untuk cakap hai dan lain-lain, ada juga yang kecam Aqil tapi Aqil seorang yang sentiasa positif sebab dia kata yang situasi itu lumrah manusia, ada yang suka kita dan ada yang tak suka kita. Jadi, kalau korang ada minda yang sama macam Aqil, why not cuba sesuatu yang baru?

@akiddos♬ Sunday Best x Dont Start Now – goalsounds

Bercakap tentang adik Aqil Zulkiflee juga, siapa yang tak kenal Akiddos? Ramai juga orang selalu kutuk yang adik dia menyatakan dirinya mirip Jungkook atau Jimin BTS.. Bila LUNARIA tanya tentang adiknya, Aqil cakap sebenarnya dia tak ambil kisah sangat  tentang adik dia nak buat TikTok macam itu sebab itu adalah salah satu cara dia cuba sampaikan content dan tarik perhatian orang untuk tambahkan pengikutnya di media sosial. Memang not bad sebab kalau kita tengok cara itu memang menjadi dan Aqil cakap Akiddos memang sengaja buat seperti itu sebab melalui cara itu adiknya mampu market-kan dirinya untuk bantu orang lain untuk naikkan nama mereka juga. Woah! Kiranya bak kata anak muda sekarang “kau famous, aku famous, sama-sama famous lah!” Menarik! 

 

View this post on Instagram

 

Dah lama tak post gambar, nah hambek 😂 spam komen cepat (❤️❤️❤️) aqil nak like gambar2 korang😍

A post shared by AQIL ZULKIFLEE 🔅 (@aqilzulkiflee) on

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Result SPM Dah Nak Keluar, Jom Prepare Diri

Rutin Yang Perlu Korang Buat Waktu Mandi