in ,

Sifat Rare Yang Bakal Buat Orang Suka Dengan Kita

Sumber gambar: alkupra.wordpress.com

Setiap orang memang diciptakan berbeza rupa dan juga karakter, sebab itu kita ini ada aura masing-masing yang mana hanya orang tertentu sahaja yang boleh nampak kelebihan kita itu. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang best tentang diri kita yang mungkin akan buatkan orang mudah terpesona dengan diri kita. Bukan sekadar rupa, mungkin melalui beberapa personaliti korang yang akan kami kongsi ini juga adalah salah satu persona diri korang yang boleh buatkan orang tertarik dengan diri korang sebab ia adalah salah satu kekuatan diri korang.

TAK BANYAK CAKAP

Sumber gambar: favim

Biasanya, orang yang ramah dan banyak bercakap memang akan mendapat perhatian ramai orang disebabkan kepetahan mereka mampu berkomunikasi dengan baik di hadapan orang ramai. Akan tetapi, untuk pengetahuan korang, orang yang jarang bercakap dan memang tidak banyak berkomunikasi pun mereka akan membuatkan orang lain mudah terpesona pada mereka. Nak tahu sebab apa? Sebab mereka nampak lebih cool dan charming dengan cara yang sebegitu.

SUSAH TERPENGARUH

Sumber gambar: we heart it

Selain itu, orang yang susah terpengaruh dan terikut sesuatu hal yang trend dan mainstream ini pun selalunya akan buatkan orang lain terpesona dengan diri mereka sebab mereka akan nampak lain daripada yang lain. Mereka juga biasanya adalah orang sangat jarang kita jumpa dan kadang-kadang ada di antara mereka ini pun akan kelihatan lebih berbeza jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan mereka yang lain jika berada dalam satu kumpulan.

JADI DIRI SENDIRI

Sumber gambar: alkupra

Antara salah satu alasan kenapa korang tidak perlu pun ada sikap kurang percaya diri, lemah, tertekan dengan masalah orang dan lain. Cuba kalau korang jadi saja diri korang sendiri dan hiraukan apa sahaja yang orang lain nak cakap tentang diri korang. Mesti, ramai yang akan kagum dengan diri korang sebab mampu untuk jadi diri sendiri, cinta diri sendiri dan bercakap tegas untuk diri sendiri, setuju tak?

BERCAKAP DENGAN JUJUR

via GIPHY

Korang ada tak jenis kawan yang memang kalau setiap kali dia buka mulut itu, memang selalu jujur dan kadang-kadang itu setiap apa yang dia cakap itu memang akan nampak lurus dan innocent sangat. Ha! Orang seperti ini pun memang sangat mudah untuk attract orang dengan pesona mereka tau sebab mereka nampak macam orang yang blur dan no idea. Hehe!Β 

SENANG MENGAKU SALAH

via GIPHY

Memang sebagai manusia, nak mengaku salah itu kadang-kadang sangat sulit untuk kita. Jadi, kalau korang adalah seorang yang sangat mudah untuk mengaku kesalahan dan minta maaf, korang adalah salah seorang yang sangat luar biasa. Dan ini juga adalah salah satu sikap yang patut korang mula berani buat untuk kebaikan diri dan orang lain juga.

Ha! Jadi ada tak salah satu dari ciri di atas ini adalah memang sifat semulajadi korang? Kalau ada, cubalah kongsi dengan kami. Mungkin ada juga yang lain dari personaliti yang kami kongsi ini? Korang bolehlah share juga. Hehe! Apa-apa pun, sentiasa jadi diri sendiri dan positif okay! Jangan selalu memikirkan sangat apa yang orang nak cakap, asalkan diri korang bahagia dan sentiasa happy! Hehe!Β 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Belajar Unik Dan Istimewa Yang Pelajar Harus Tahu

Fakta Disebalik Produk Timbang Kilo Yang Mungkin Kita Tak Tahu