in ,

Sifat Karakter ‘Milea’ Yang Harus Kita Hindari

Sumber gambar: sapphired17.wordpress.com

Filem Milea baru-baru ini memang membuatkan ramai yang kecoh, sebab jangkaan penonton memang lain dengan jalan cerita yang dipertontonkan. Dalam filem Dilan 1990 dan Dilan 1991 memang kebanyakan jalan ceritanya lebih sweet dan buatkan ramai yang terciduk dek pick up line yang diberikan Dilan kepada Milea. Jadi, bila sekarang ini dalam Milea Suara Dari Dilan, baru lah ramai yang nampak beberapa perangai Milea yang buatkan orang sedar bahawa kita juga perlu faham perasaan orang lain utamanya lelaki dan ini antara beberapa sifat karakter Milea yang wajib korang hindari.

SUKA “CONTROL” ORANG

Sumber gambar: brillio

Pertama adalah suka control orang sebab kalau korang tengok dalam sepanjang siri filem ini, Milea tak habis-habis nak suruh Dilan berhenti dekat dengan kawan-kawan dia dan selalu tak bagi Dilan nak buat apa yang dia nak sebab stereotaip Milea terhadap geng motor Dilan yang sebenarnya baik sahaja. 

TAK DENGAR PENJELASAN DAHULU

Sumber gambar: putu suci

Kalau korang perasan lah, Milea ini selalu tak nak dengar penjelasan orang lain dahulu, lebih lagi Dilan. Dalam cerita ini ada satu babak yang mana salah seorang best friend Dilan, Akew  meninggal dan Milea terus syak itu angkata geng motor Dilan bergaduh. Bila Dilan nak jelaskan yang itu tidak ada kena mengena dengan geng motor Dilan, Milea terus potong cakap Dilan dan tak nak dengar apa-apa penjelasan dahulu. Hmm, annoying sangat kan? 

TIDAK TEPATI JANJI

Sumber gambar: rose dianaa

Milea ini juga pernah tidak tepati janji dengan Dilan sebab ada satu scene yang mana Dilan terang-terang kata dia cemburu kalau Milea keluar dengan Kang Adi iaitu private tutor Milea. Malam waktu Milea on call dengan Dilan dia janji tapi keesokannya bila Dilan pergi rumah Milea, Bibi iaitu orang gaji Milea inform yang Milea pergi keluar dengan Kang Adi itu juga. Memang panas lah hati Dilan kan? Tapi Dilan ini baik sangat dan maafkan apa Milea buat.

EMOSI TAK KENA TEMPAT

Sumber gambar: farhana jafri

Ya betul! Waktu Akew best friend Dilan meninggal, of course lah Dilan perlukan seseorang untuk tenangkan hati dia yang sedih. Tapi si Milea ini, pertama dia dah lah tak nak dengar penjelasan Dilan kenapa sebab Akew meninggal. Selepas itu, waktu di rumah Akew yang mana waktu semua kawan-kawan sedang menziarah jenazah. Dilan cuba ajak Milea nak balik sama tapi Milea marah dia dan jeling sambil buat muka. Pada hal, waktu itu Dilan dah lah need someone to comfort him kut! Aduh! Milea… Milea… 

BUAT PERANGAI MACAM DIA TAK BERSALAH LANGSUNG

Sumber gambar: kaltim IDN

Ini antara yang buat ramai penonton bengang dengan Milea. Milea ini dia kan sudah putus dengan Dilan sebab dia sendiri yang minta putus dek kerana sakit hati dengan perangai Dilan. Jadi, bila Dilan tunaikan apa yang dia nak dengan pergi menjauhkan diri. Eh, dia pula yang buat statement kenapa Dilan dah berubah, pada hal dia yang minta putus. Di sini juga, kita boleh sedar lah yang perempuan ini memang nak dia saja yang betul kan? Haha!  

Jadi, korang ada ke perangai macam Milea ini? Hmm, kalau ada… sebaiknya korang ubah lah sikit-sikit sebab takut nanti nasib korang jadi macam Milea yang akhirnya tidak dapat bersama Dilan… eceh! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Umur Lebih 25 Tahun, Selebriti Ini Nampak Muda Dan Cantik!

Lagu Sendu Indonesia Korang Boleh Layan Ketika Sedih