in ,

Geramnya! Kenapa Adik Beradik Suka Buli?

Sumber gambar: Lifehack

via GIPHY

Selalu orang kata buli ni cuma berlaku dekat sekolah je. Tapi sebenarnya buli pun boleh jadi dekat rumah tau girls! Tapi jenis buli dalam kalangan family ni lain sikit.. Nak tahu apa yang lain? Teruskan baca article LUNARIA harini.. Ada tak antara adik beradik korang suka buat macam ni?

SUKA BANDINGKAN 

via GIPHY

Urghhh.. geramkan bila ada kakak atau abang yang suka bandingkan kita dengan kawan-kawan yang lain contohnya daripada segi pelajaran. Benda macam ni pun dianggap sebagai buli tau girls… Tapi tenang je okay.. Korang buktikan dekat diorang yang korang sebenarnya bijak! Study elok-elok dan dapatkan result yang terbaik!!

PANGGILAN ‘MANJA’

via GIPHY

Ni pun geram juga… Parents dah bagi nama kita sedap-sedap, tapi abang atau kakak nak tukar jadi nama lain! Katanya panggilan manja untuk kita.. Lagi tak syok kalau kawan-kawan pun tahu panggilan korang dekat rumah!Aiyoo, haru biru beb! Apa kata #Lunagirls try slow talk dengan siblings and minta diorang jangan suka-suka panggil korang dengan panggilan yang pelik-pelik okay?

SINDIRAN ‘MANJA’

via GIPHY

Sometimes siblings ni memang suka buat sindiran manja dekat kita! #Lunagirls jangan la selalu ambil hati dengan kata-kata diorang tu.. Maybe niat nak bergurau je, tapi kalau selalu sangat ‘bergurau’ tu, korang cuba bagitahu perasaan korang okay? Kuat semangat okay kesayangan LUNARIA!

KAKI MENYURUH

via GIPHY

Sikit sikit kena suruh ambil barang la, tolong lipat baju la, basuh laju la itu la ini la.. Biasa terjadi kan girls? Huhu! Geram je tapi nak buat macam mana, kakak dan abang minta ‘tolong’ kan? But girls, kalau melampau sangat arahan siblings korang tu, report dekat parents tau! Nakal diorang ni tau!

Buli macam mana sekali pun, gaduh macam mana pun they still your siblings! Ingat tau, air yang dicincang tak akan putus! Tapi jangan la melampau sangat ‘buli’ tu sampai korang sendiri tak boleh nak handle.. Apa pun, selalu communicate dengan diorang tentang perasaan korang yang selalu dibuli tu okay?

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mak.. Main Game Boleh Kuatkan Ingatan Tau!

#LunaSquad: More Bulu No Problem!