in ,

Sibling Suka Mengelat Kemas Rumah? Balas Dengan Cara Ni…

Sumber gambar: www.dekoruma.com

Asal kemas rumah je, mesti asyik muka ni je. Kakak dengan abang takde pun nak tolong! Penat la diorang ni suka sangat buli orang tau!

Siapa yang selalu jadi mangsa buli siblings yang malas nak kemas rumah?? Kita boleh geng la sebab Ainaa pun selalu kena suruh buat itu ini. Tapi korang nak tahu tak sebenarnya ada cara untuk kita balas dendam dekat siblings macam ni. Nak tahu apa benda? Tengok dekat bawah ni tau.

BUAT-BUAT SAKIT

Sumber gambar: https://imgur.com/gallery/3SFz1/comment/1190066755

Time nak raya ni mesti la nak hias rumah cantik-cantik kan? Seharian dah penat kemas rumah, mesti la sampai tak larat. Jom berlakon jadi sakit. At least nanti diorang mesti akan ganti korang buat kerja rumah. Tapi make sure berlakon bagi real supaya lakonan tu berkesan okay. Kena pakat dengan mak korang supaya tak kantoi dengan siblings yang lain.

AJAK AYAH KELUAR

via GIPHY

Kalau dah tahu akan ada sprint cleaning dekat rumah, cepat-cepat ajak ayah korang pergi shopping mall atau beli barang dapur. Tak kisah la kalau tak ada barang yang nak dibeli pun, asalkan time tu korang tak ada dekat rumah pun dah cukup bagus. Nanti mesti balik je dari berjalan, rumah dah bersih. Mesti masam mencuka je muka yang dekat rumah tu.

SOROK BAJU RAYA

Sumber gambar: https://famecherry.com/fashionista-now/baju-raya-2018-inspo-pastel-lace-kebaya-with-fitted-sleeves/

Hehehehehe! Jahat sangat ke? Tak ni bukan jahat tapi nakal. Nak taknak, ni je cara paling halus yang boleh korang buat. Tapi just sorok je, jangan cuba apa-apakan baju raya diorang tu. Pagi raya biar diorang panic sebab tak jumpa baju raya. Dalam 10minit dia mencari tu, korang bagi la semula baju tu. Jangan kejam sangat tau. Hehe!

MAAFKAN

via GIPHY

Sampai bila nak berdendam ni? Biasa la adat dalam keluarga, yang adik mesti kena buli dengan yang lebih tua. Nanti bila korang dah meningkat dewasa, tak ada la abang atau kakak tu nak buli dah. Ni pun boleh jadi as sweet memory dengan siblings tau. Nanti bila semua dah besar, tak ada dah kenangan ‘manis’ bersama.

Seronok tau dapat spend time dengan family waktu nak raya ni. Time tengah kemas tu, masing-masing ada tugas yang tersendiri. Mengelat dan curi tulang tu perkara biasa, jangan cakap korang tak pernah curi tulang waktu kemas rumah ya girls.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bag Raya Besar Macam Nak Pindah?

Lepas Kad Raya, Resepi Kuih Pun Ada Di Hujung Jari Je!