in ,

Siapa Yang Sepatutnya Pakai Mask Muka? #Covid19

Sumber gambar: Mstar.com.my

Eh mana nak cari mask.. kedai belakang rumah dah habis, kedai dalam mall pun habis.. Aduhh, rasa tak selamat nak keluar!

Apabila Covid 19 makin berleluasa, kebanyakan farmasi dan drugstore kehabisan mask! Bukan setakat mask sahaja yang habis, hand sanitizer pun habis juga! Ada juga yang mengambil kesempatan jual hand sanitizer dengan harga yang tidak masuk akal.. Botol kecil boleh mencecah harga RM10 tau! Tapi persoalannya sekarang, siapa yang sepatutnya pakai mask?

via GIPHY

Orang yang sepatutnya pakai masks ialah seseorang yang ada sentuhan dekat dengan pesakit Covid 19 seperti doktor, jururawat dan orang yang menjaga pesakit yang dikuarantin di rumah. Dan seorang yang wajib memakai mask semestinya seseorang yang ada simptom Covid 19 seperti demam yang tinggi, batuk dan sesak nafas. Tapi, jika korang seorang yang sihat, pemakaian mask sangat tidak effective dan tidak akan memberi kesan apa-apa pun kepada korang.

Sumber gambar: Instagram Weimankow

SEBAB APA?

Jika seseorang yang mempunyai simptom Covid 19 tidak memakai mask, kemungkinan untuk dia menyebarkan virus Covid 19 sangat tinggi. Sebagai contoh seperti gambar di atas, sekiranya 1 daripada 10 orang di dalam train sakit dan tidak memakai masks, orang yang sakit itu akan menyebarkan infections droplets di serata tempat. Walaupun, 9 orang di dalam train tersebut memakai mask, tetapi infections droplets boleh melekat di dalam train, dinding, baju, bags, phones dan sebagainya.

Nota penting: Infections droplets ialah cecair atau bendalir seperti batuk atau bersin daripada pesakit yang dijangkiti

Sumber gambar: Instagram Weimankow

Ia sangat senang untuk seseorang yang sihat dijangkit apabila infections droplets daripada seorang pesakit tadi tersebar dan melekat di mana-mana bahagian badan atau barangan harian seseorang yang sihat. Ia akan berlaku melalui sentuhan dari tangan ke muka apabila muka mask, bersalaman dengan orang sekeliling dan ketika membuka pakaian di rumah.

Sumber gambar:

TETAPI…..

Jika seseorang yang ada simptom Covid 19 memakai mask di tempat awam, the infections droplets akan dapat dikawal dan semua orang sekeliling akan selamat! Kita sebagai orang yang sihat, apa kata jangan beli banyak-banyak dan kumpul mask di rumah cukup sekadar mempunyai beberapa keping. Lebih baik kita bagi kepada yang memerlukan.. kita akan jadi penyelamat kepada orang ramai! Tapi ingat tau, ada pelbagai jenis mask yang dijual, jangan salah beli pula. Kalau nak tahu mask apa yang sesuai, klik sini! 

Sumber gambar: Infosihat.gov.my

TIPS COVID19

Tak semestinya kita perlu terperangkap di dalam rumah 24 jam 7 hari.. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan pergi ke tempat yang mempunyai risiko Covid 19 yang tinggi tidak kira di dalam dan luar negara. Ini tips simple yang korang boleh ikuti:

  1. Sentiasa basuh tangan
  2. Pakai handsanitizer
  3. Elakkan pegang pintu, dinding, atau benda yang tidak berkenaan
  4. Jika bersin dan batuk, sila tutup mulut dengan tisu dan terus buang tisu ke dalam tong sampah. INGAT, selepas itu basuh tangan okay
  5. Elakkan menyentuh bahagian muka, hidung, mulut dan mata
  6. Jangan mudah percaya berita yang disebarkan melalui media social
  7. Jika rasa tidak sihat, jangan takut untuk pergi check up di hospital
  8. Elakkan bersalaman atau buat direct contact dengan orang luar
  9. Jika ada kawan yang sakit, tak perlu melawat. Cukup sekadar kirim message get well soon and bagi dia rehat secukupnya.
  10. Jangan panik! Jika rasa takut, kurangkan buat aktiviti luar dan keluar bila perlu sahaja.

Semoga kita semua dihindari daripada apa-apa penyakit. Apa pun, jangan lupa jaga diri jka berada di luar. Ingat gais, kita tak boleh nampak kuman dan bakteria.. Tapi tak semestinya ia tak ada di situ. Take care!

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments