in ,

Siapa Yang Sebenarnya Ambil Gambar V BTS Baru-Baru Ini?

Sumber gambar: weverse.com/BTS

Keindahan paras rupa V BTS memang selalu buatkan peminatnya ARMY kagum. Bukan setakat itu sahaja, dengan adanya aplikasi Weverse, ini juga membuatkan BTS dan ARMY semakin mudah berkomunikasi dan saling berbalas posting mereka di situ. Apa yang best! V, Jin, RM dan J-Hope adalah antara anggota BTS yang paling kerap berkomunikasi dengan ARMY dan memang bertuah betul siapa yang dapat peluang seperti itu. 

Sumber gambar: koreaboo

Jadi, baru-baru ini juga V BTS telah memuat naik beberapa gambar barunya di Weverse, yang mana gambar itu diambil di dalam bilik sambil dia baring bersama anjing kesayangannya yang memang semua ARMY pun dah kenal iaitu Yeontan. Gambar comel mereka berdua meluangkan masa itu telah dikongsi dan mendapat respons yang sangat “uwu” daripada ARMY sebab tatapan V pada Yeontan itu sangat penuh dengan kasih sayang. Sampailah ia menjadi salah satu pertanyaan siapa yang ambil gambar itu? 

Sumber gambar: weverse BTS

V BTS telah pun membalas soalan peminatnya ARMY, dia kata yang gambar itu telah pun diambil oleh ibu kesayangannya sendiri. Akan tetapi, apa yang tak bestnya. Ada peminat yang tidak percaya dengan V dan telah menuduh V BTS menipu dan cakap sebenarnya gambar itu telah diambil oleh “girlfriend” V BTS sendiri. Woah! Macam mana dia tahu V BTS ada kekasih padahal V tak pernah pun keluarkan kenyataan rasmi yang dia ada kekasih, betul tak?

Jadi, disebabkan hal ini ada peminat (yang mana ARMY sejati tak claim peminat ini adalah peminat BTS yang sejati) telah menelefon sebuah hotel yang dekorasi salah satu biliknya sama persis seperti bilik V BTS dalam gambar baru ini  iaitu Paradise City untuk mendapatkan kepastian. Woah! Dahsyat sungguh mereka ya! Sampai sanggup stalk dan telefon hotel. Apabila BTS ARMY yang lain dapat tahu tentang hal ini. Ramai yang marah dan cakap, apa tujuan sebenar orang macam mereka ini nak ambil tahu hal peribadi V sampai ganggu hotel itu dan bila V dah cakap gambar itu mak dia yang ambil, mestilah mak dia. Betul tak?

Lagi pun, macam pelik juga kenapa mereka sampai tergamak nak buat hal sebegitu rupa dan mereka yang bertindak sebagai stalker atau mungkin berkelakuan seperti sasaeng ini tak akan tak tahu yang kebanyakan hotel kan tidak dibenarkan untuk bawa haiwan peliharaan? LOL! Selain itu, tak kisahlah gambar itu diambil oleh mak dia atau kekasih dia pun, korang dah kenapa nak kisah kan? Biarlah dia bahagia dan seronok dengan sesiapa orang yang dia sayang, betul tak?

 

View this post on Instagram

 

it is actually his own apartment not the hotel. when taehyung told fans (not armys, armys aren’t disgusting) that the picture was taken by his mother people thought he was lying. they called the hotel to find out whether he was there with his partner or not, which is extremely creepy. whether he stayed at a hotel with his mom or partner it is none of our business ffs, this behaviour of fans is totally disgusting🤢 =========================================== . . . { FOLLOW @loveforbts7 for DAILY MEMES } . . . . ~credits to the owner Tags: #bts #beyondthescene #bangtan #bangtansonyeondan #bulletproofboyscouts #btsmemes #방탄소년단 #army #kpop #아미 #btstrash #kimnamjoon #kimseokjin #minyoongi #junghoseok #parkjimin #kimtaehyung #jeonjungkook #kpopmemes #btscrack #bangtanboys #suga #jhope #rm #kpopmemes #memesdaily😂 #memes

A post shared by 𝑲𝒂𝒚𝒓𝒂 🌈 (@loveforbts7) on

Kesimpulannya, pihak hotel Paradise City pun telah menjawab dan keluarkan kenyataan yang itu bukanlah salah satu bilik hotel mereka dan bukan setakat itu sahaja. Mereka pun telah menjelaskan segala polisi hotel yang mana haiwan tidak boleh dibawa ke hotel dan meminta supaya tidak ada mana-mana pihak untuk membuat sebarang spekulasi yang merepek pada masa akan datang. Iyalah, BTS ini kan ikon Korea Selatan, jadi korang ini pun janganlah nak memandai-mandai buat spekulasi. Apa pun, kelakuan peminat yang seperti ini memang ramai ARMY tak suka dan ramai yang cakap perangai mereka sangat menjijikkan sebab sampai sanggup nak ambil tahu hal peribadi idol sampai macam itu sekali 🤢 Orang cakap nak minat itu boleh, tapi janganlah over dan addict sangat, betul tak?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Wujudkan Perbualan Yang Menarik Dengan Kawan Baru

Ketiak Gatal Lepas Pakai Deodorant, Ini Puncanya…