in ,

Siapa Pembunuh Dalam MV Hello? Andi Atau Ismail?

Sumber gambar: Youtube.com

Aduh! Pening kepala nak fikir siapa sebenarnya pembunuh dalam MV lagu Hello! Sudahlah kena tunggu sambungan baru tahu siapa pembunuh sebenar..

Korang dah tengok ke belum MV lagu baru Andi Bernadee dan Ismail Izzani yang bertajuk Hello? Kalau belum, pleaseΒ pergi tengok sekarang juga, nanti baru sambung baca articleΒ ini semula. Tapi korang kena make sure untuk tengok kedua-dua version which is version Andi dan version Ismail. Kali ini kedua-dua penyanyi hebat Andi dan Ismail mempertaruhkan muzik genre rancak!

MV lagu Hello mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri yang tak ada siapa pun tahu siapakah gerangannya. Actually dua MV ini mewakili dua perspektif yang berbeza which is ada petunjuk untuk kita sebagai penonton untuk fikirkan jawapan tentang kes pembunuhan yang berlaku.

Dalam MV ini ada beberapa orang selebriti lain iaitu Naim Daniel, Didi Astillah, Anna Jobling, Jay Iswazir, Daniesh Suffian dan Fatin Afeqah. Kalau korang tengok kedua-dua MV ini, korang mesti akan tertanya-tanya siapa agaknya pembunuh itu sebab setiap seorang daripada mereka syak sesama sendiri.

For now, korang kena fikirkan siapa sebenarnya pembunuh sebab identiti pembunuh bersiri hanya akan didedahkan selepas kedua-dua MV Hello mencecah sebanyak 1 juta tontonan! Nampaknya korang kena tengok banyak kali dan ajak semua kawan-kawan dan family untuk tengok sekali supaya kita boleh dapat tahu pembunuh itu dengan segera, Yass! For now muzik video Hello versi Ismail dah cecah sebanyak hampir 300,000 tontonan, maybe pertengahan bulan akan mencecah 1 juta?

Tapi for now, mengikut teori yang Lunagirls dah buat, sis Ainaa syak pembunuh sebenar ialah Andi sebab dalam MV versi Andi, background dia semua warna merah dan ada susuk tubuh manusia meronta untuk keluar dari kotak belakang dia. Then, dia pun macam tenang je muka walaupun at the same time dia syak Ismail. Zoe pun setuju dengan Ainaa. Cuma additional information Zoe ialah sebab kenapa MV versi Andi warna merah ialah menunjukkan Andi jahat dan MV versi Ismail warna putih, menandakan yang dia tak bersalah sebab siap ada hadis dekat penghujung video. Aduhh, pening nak fikir siapa pembunuhnya. Cepat sikit 1 juta boleh tak?!

Bagi korang pula macam mana? Korang ada teori sendiri tak? Kalau ada please komen dekat bawah atau komen je dekat mana-mana posting kami dekat Instagram okay! Nak tahu juga apa teori yang korang dah buat, maybe korang punya teori lebih hebat daripada kami, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List Drama Korea Rating Tinggi 2019!

Happy Birthday Jin! 5 Pesanan Kim Seokjin BTS Khas Untuk ARMY