in ,

Siapa Pedofilia Di Sekeliling Kita?

Sumber gambar: https://www.parhlo.com

#Lunagirls tahu apa itu pedofilia? Mungkin ada yang tahu tentang isu ini dan mungkin ada yang tak tahu langsung. Harini Zoe akan terangkan sikit, pedofilia merupakan satu gangguan psikologi yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja di mana mereka lebih tertarik secara seksual kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum baligh. Tapi, remaja 13 hingga 17 tahun masih dalam kategori bawah umur tau.. jadi perkara ini juga boleh berlaku kepada kita!

Untuk pengetahuan #Lunagrils, di Malaysia sebenarnya dah lama dah benda ini berlaku cuma tak ramai yang tahu lagi tentang isu ini dan kalau kita tengok memang banyak kes penculikan dan rogol yang berlaku kepada kanak-kanak di negara ini. Tapi isu yang berlaku ini dulu diklasifikasi sebagai kes rogol sahaja bukan kes pedofilia.

Sumber gambar:

Zoe pun tak tahulah kenapa orang yang pedofilia buat macam ini, mangsa itu semua budak-budak yang tak tahu apa lagi pun! Ish, geramnya bila dengar isu macam ini berlaku. Disebabkan ini salah satu masalah mental, Zoe harap sangat ramai pakar yang boleh bantu orang yang pedofilia ini dan kalau yang pernah mengalami gangguan daripada pedofilia, please report now! 

Tak semestinya gangguan yang dilakukan secara fizikal, ia juga di anggap gangguan seksual jika pedofilia tersebut menunjuk bahagian sulitnya di hadapan korang secara sengaja tau. Jika ia berlaku, jerit minta tolong sekuat hati dan lari ke tempat yang ramai orang.

Sumber gambar:

Oleh sebab itu juga, kita sebagai ahli keluarga yang kalau ada adik-adik, sepupu, saudara yang bawah 13 tahun, lebih lagi jika gambar baby bogel.. kita tak perlu upload gambar mereka sebab kita nak elakkan benda-benda macam ini terjadi. Iya lah kita tak tahu kot ada one of our followers dekat sosial media itu pedofilia? Uiih! Memang bahaya! So, lebih baik elakkan dari benda ini berlaku.

Sumber gambar:

Selain itu, jangan terlalu biarkan ahli keluarga korang yang masih underage itu keluar sesuka hati tanpa pengawasan orang dewasa walaupun di kawasan rumah korang. Kemudian, FYI juga bila orang dewasa berkahwin dengan orang dibawah umur itu pun, kita boleh consider ia sebagai satu isu yang serius pada zaman kini sebab ia pun one of pedofilia punya cara untuk dapatkan apa yang dia nak. Zoe harap kita semua dijauhkan dengan orang sakit macam ini.. Jaga diri okay #Lunagirls!

via GIPHY

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jauh ‘Terbang’, Zynakal Mula Mengamuk Di IG

Wanita Hilang Pendengaran Kekal Gara-Gara…