in ,

Siapa Kata Tak Boleh Belajar Sambil Main Filter Instagram?

Sumber gambar: kumparan.com

Sambil bermedia sosial, siapa kata kita tak boleh buat sambil belajar? Sekarang ini, memang ada banyak cara untuk kita spend masa sambil belajar. Lebih lagi dengan kemudahan internet dan media sosial ini, sekelip mata sahaja kita boleh belajar dan apa yang penting dalam cara yang sangat fun dan tidak membosankan! Haha! Jadi, daripada korang asyik main filter Instagram dan perasan cantik dan hensem itu. Apa kata, kali ini korang cuba pula main filter Instagram sambil belajar? Sebab ada beberapa filter Instagram yang korang boleh cuba uji minda korang itu sebagai salah satu cara nak belajar.

ENGLISH GRAMMAR QUIZ

Sumber gambar: zoe_lunaria

Selama ini, kita semua memang sudah biasa dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Akan tetapi tidak semua yang confident untuk gunakan bahasa Inggeris secara betul dan korang pun ramai yang decide untuk gunakan bahasa rojak Manglish, betul tak? Sebab kita tidak pasti sama ada tatabahasa kita dalam English itu betul atau tidak. Mungkin kalau korang main English Grammar Quiz ini, selepas ini korang boleh berbual dalam bahasa Inggeris secara baik. Hehe! 

KUIZ GEOGRAFI

Sumber gambar: zoe_lunaria

Geografi adalah subjek yang paling menarik sebab kita boleh belajar banyak tentang bumi, alam, negara, sumber dalam negara dan banyak lagi. Korang boleh lah cuba uji tahap kebijaksanaan korang dalam subjek Geografi melalui filter Instagram Kuiz Geografi ini. Nak tahu penghubung lautan atlantik dan pasifik ke, Malaysia terletak di longitude latitude berapa ke. Korang boleh cuba melalui Kuiz Geografi ini.

NAMA SENYAWA KIMIA

Sumber gambar: zoe_lunaria

Sesuai untuk korang yang ambil subjek Kimia atau pun walaupun korang tidak ambil subjek ini tetapi korang berminat dengan Kimia. Korang boleh cuba semua soalan campuran bahan kimia ini akan jadi apa dan kalau betul korang memang genius! Sebab soalan dia memang sangat hardcore tau! 

RUMUS MATEMATIKA

Sumber gambar: zoe_lunaria

Memang akan buat ramai orang sakit hati tetapi puas hati kalau korang dapat jawab soalan ini dengan betul. Filter Instagram Rumus Matematika ini adalah soalan matematik yang mudah dan ada juga soalan tentang formula matematik apa yang korang ingat. Jadi, kalau korang ini memang salah seorang dari math genius, why not korang uji otak korang dengan filter ini? 

GUESS THE ACRONYMS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Korang mesti tahu yang akronim ini adalah gabungan huruf atau suku kata yang ditulis dari nama yang panjang sebagai contoh World Health Organization (WHO) dan banyak lagi. Dalam filter Instagram ini, korang akan jumpa banyak sangat akronim yang korang jarang dengar. Jadi, jom cuba tengok tahap pengetahuan korang dengan Guess The Acronyms. 

Lepas ini, korang boleh lah sambil main media sosial sambil belajar. Tak adalah selepas ini abang, kakak dan parents korang bebel asyik main handphone saja sebab korang dah boleh beri alasan korang bersosial sambil belajar dengan filter Instagram.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sedih & Memalukan, Artis Korea ‘Babi Fly’ Jadi Mangsa Cyberbully Netizen

Online Class Diteruskan, Jom Elakkan Diri Daripada Terus Stress