in ,

Siapa Kata Pakai Spek Mata Tak Boleh Pakai Make Up?

Sumber Gambar: https://www.foxlife.it

via GIPHY

Kata orang, girls yang pakai cermin mata ni tak perlu makeup sebab tak nampak perbezaan pun, betul ke #Lunagirls? Hmm! Kita kena buang perception macam ni, semua orang ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi jangan la rasa tak confident dengan diri sendiri. Walaupun bercermin mata, korang tetap boleh cantik. Nak tahu macam mana? Baca tips Ummi ni.

EYELINER

Sumber Gambar: http://www.thebrunettediaries.com

Biasanya frame cermin mata boleh menghalang bahagian mata kita dari disedari orang. Jadi untuk menampakkan mata korang yang cantik tu, tebalkan sikit pemakaian eyeliner, supaya mata nampak lebih dalam dan menyerlah disebalik kanta cermin mata. Korang juga boleh gunakan eye shadow yang sedikit gelap dan mascara, tapi jangan terlalu gelap tau, takut nampak macam panda pulak, hihi.

EYEBROW

Sumber Gambar: https://www.bustle.com

Korang perasan tak setiap kali kita pakai cermin mata, mesti kening kita akan suram je sebab tertutup dengan bingkai cermin mata. Jadi apa yang korang boleh buat adalah lukis kan kening dengan warna yang sedikit gelap macam dark brown atau black.  Jangan pula lukis terlalu tebal sampai nampak macam pakai marker pen, make sure korang lukis mengikut kesesuaian muka. Baru la nampak natural and kening tu on point.

BLUSHER

via GIPHY

 Girls untuk menampakkan pipi dan tulang pipi korang yang gebu tu, korang boleh pakai blusher dengan warna lembut seperti pink or peach. Sebab warna-warna ni tak memberikan effect yang terlalu terang tapi cukup untuk tonjolkan pipi korang. Selain itu, muka korang pun akan nampak lebih fresh dan sihat.

LIPSTICK

via GIPHY

Ha! Nak nampak lebih menyerlah, apa kata korang guna lipstick yang sedikit terang. Ala sekali- sekala lain dari yang lain, lagipun lipstick yang berwarna terang ni akan memberi warna pada wajah korang, tak la nampak pucat dan kusam je.

Nampak tak girls, bercermin mata pun masih boleh makeup tau, cuma kena selalu practice supaya korang selesa dengannya. Jadi jangan lupa untuk cuba tips and tricks Ummi ni, mesti korang akan nampak lebih cantik. Yang penting kena confident okay girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ingat Tak Pasal Game Legend Candy Crush?

Benda Lain Pun Kena ‘Puasa’ Juga Ke?