in ,

Siapa Kata Belajar Sendiri Tak Boleh Straight A’s? Idris Fadli Ada Bukti!

Sumber gambar: lunaria.com.my

Ha! Hari ini mesti ramai yang teruja nak ambil keputusan peperiksaan SPM 2019 kan? Walau apa pun keputusan yang korang dapat, korang wajib bersyukur sebab korang masih ada banyak lagi masa untuk berjaya di masa hadapan. Apa yang penting, korang jangan pernah putus asa bila sudah masuk kolej dan universiti nanti okay! Tapi cakap tentang SPM 2019, Zoe dan #Lunasquad tadi pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1 dan untuk pengetahuan korang dengan seramai 365 calon dalam sekolah itu ada 30 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang yang di atas 5A tau! Selain itu, sekolah ini juga antara sekolah yang paling ramai calon dan pertama di daerah Petaling Utama. Woah! Tahniah ya untuk semua orang! 

Sumber gambar: Lunaria

Pelajar yang satu-satunya mendapat keputusan straight A’s dalam peperiksaan SPM 2019 di SMK Damansara Damai 1 iaitu Idris Fadli adalah pelajar yang sangat disiplin untuk belajar setiap hari. Sebelum itu, kalau korang nak tahu Idris ini adalah pelajar 5 Bestari di SMK Damansara Damai 1 dan itu adalah kelas aliran perakaunan. Mesti korang tak sabar kan nak tahu apa cara belajar Idris sampai dia boleh dapat straight A’s macam itu sebab sebenarnya Idris ini sendiri pun tak sangka pun dia dapat straight A’s dan target dia melalui usaha dia sendiri selama ini adalah 7A sahaja. Itulah, orang kata kalau dah rezeki itu memang ada dimana-mana sahaja kan? Rajin usaha, maka korang akan dapat yang terbaik juga hasilnya.

Sumber gambar: Lunaria

Jadi, Zoe pun tanya lah Idris ini apa cara belajar yang dia selalu buat? Sebab lain orang lain cara belajarnya kan? Idris cakap sebenarnya dia tak pergi pun kelas tambahan atau tuisyen untuk belajar. Apa yang Idris ini buat adalah bermula awal tahun pada 2019 iaitu tahun yang dia akan ambil SPM, Idris dia akan pastikan dirinya wajib belajar setiap hari satu jam sahaja. Itu memang wajib dan kalau paling malas sangat, Idris akan belajar 30 minit sehari dan itu pun sudah cukup memadai baginya.

Sumber gambar: Lunaria

Idris Fadli juga kongsi dengan Zoe tentang cara belajar yang lebih dia prefer adalah study awal dan dia bukan orang yang last minute sebab kalau study awal bolehlah dia spend masa kat internet untuk tengok cara dan teknik betul nak belajar. Apa yang Idris ini selalu jumpa di internet adalah kalau nak study ini tak boleh lama, sekurangnya 30 minit dan pastikan nap 15 minit. Selain itu, apa yang penting sentiasa buat baik dengan mak dan ayah. Jadi, mungkin korang boleh cuba belajar Idris ini jika sesuai dengan diri korang.

Sumber gambar: Lunaria

Bukan itu sahaja, nota pelajaran pun dia tak ada buat pun dan di sini terbukti kalau korang boleh disiplin kan diri belajar setiap hari 30 minit ke satu jam korang mungkin mampu dapat apa yang korang nak. Walaupun Idris ini tidak terlalu aktif dalam kokurikulum, sukan dan kelab tetapi dia suka mesuk pertandingan catur yang dianjurkan sekolah. Cara Idris ini spend masa untuk media sosial adalah seperti biasa sahaja sebab dia bukan seorang terlalu kuat main game dan lain-lain. Idris juga apabila peperiksaan percubaan SPM tiba, dia terus delete akaun sementara waktu. Akhir sekali, Idris juga rancang nak sambung course akaun di mana-mana universiti dan kalau boleh memang dia akan cuba untuk capai cita-cita dia sebagai akauntan. Apa-apa pun sekali lagi, tahniah untuk semua pelajar SPM 2019 ya! Panjang lagi perjalanan korang dan sentiasa berusaha okay! 

Sumber gambar: Lunaria

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Kena Buat Selepas Dapat Result SPM?

SMK Damansara Damai 1 Catat Peningkatan SPM 2019