in ,

Siapa Ada Rambut Panjang Suka Berangan.. Yeke?

Sumber Gambar: https://www.allure.com

#Lunagirls berambut panjang, pendek lurus, kembang, fringe or curly? Ada macam-macam gaya potongan rambut teen girls sekarang! Kalau korang nak tahu, melalui gaya potongan rambut pun kita boleh tahu personaliliti dan pendirian seseorang tau! Jom check out ‘rahsia’ LUNARIA nak kongsikan ini!

RAMBUT PENDEK 

Sumber Gambar: http://crypticimages.com

Bila potong rambut macam ni, ramai yang kata macam tomboy.. No! Cantik tau gadis berambut pendek ni! Untuk #Lunagirls yang rambut pendek, korang seorang yang berani, percaya pada diri sendiri dan mudah menyesuaikan diri dengan benda yang baru! Selain itu, korang juga peramah dan suka bersosial.. easy to mingle orang kata! Hihi!

POTONGAN BOB 

Sumber Gambar: https://cintaihidup.com

Eh! LUNARIA suka tau gaya rambut bob cut ni.. sebab senang nak urus dan cepat kering! Plus point untuk mereka yang bertudung! Kalau rambut #Lunagirls gaya bob cut, korang seorang yang suka melakukan sesuatu perkara dengan cepat, tidak suka delay dan setiap apa urusan yang dilakukan mesti ada keseimbangan! Balance is the key!

PANJANG BAHU 

Sumber Gambar: https://zig.com/

Rambut paras bahu atau pun potongan medium ni menunjukkan #Lunagirls seorang yang berdikari! Korang juga suka lakukan sesuatu benda dengan hasil usaha sendiri.. Dan korang seorang yang bertanggungjawab! Aww.. sangat positif girls!

RAMBUT PANJANG 

Sumber Gambar: https://www.estellessecret.com/

Psst, orang kata siapa yang berambut panjang melebih bahu seorang penyabar, tidak suka melenting dan yang penting kuat berangan! Opss! Hehe! Mesti time pusing-pusing rambut tu ada yang berangan nak kahwin dengan anak raja kan? #jkjk

So #Lunagirls sama tak gaya rambut dengan characters yang LUNARIA kongsikan di atas? Hihi! Jangan lupa komen kat bawah hairstyle yang mana favorite korang atau yang mungkin korang nak cuba untuk potong tahun ni!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Me Time’ Sepatutnya Macam Ni…

Kena Buat Presentation Depan Satu Kelas? Alamak!