in ,

Si-Pemalas Wajib Tahu Perkara Ini!

Sumber Gambar: https://www.allure.com/

Sekarang kan tengah trend skincare Korea, katanya lebih mudah dan berkesan. Hm! Betul ke #Lunagirls? Namun walau sehebat mana sekalipun skincare korang tapi kalau malas, tak guna juga kan? Jadi Ummi nak ajar cara rawatan yang betul bagi si pemalas. #Opss, hihi..

KULIT KERING

Sumber Gambar: http://rakyatjateng.fajar.co.id/

Kalau korang ada masalah kulit kering, better gunakan skincare yang meningkatkan hidrasi kulit. Jangan gunakan skincare yang mempunyai alcohol di dalamnya sebab ia akan membuatkan kulit korang lebih kering.

KULIT BERJERAWAT

via GIPHY

Bila jerawat muncul ni, benda paling penting korang kena jaga adalah kebersihan. Selain tu, korang kenalah sentiasa menjaga kelembapan kulit agar jerawat tak tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh waktu pagi. Kalau boleh cari product yang ada antiseptic. Important point, tak semua product “Anti acne” tu berkesan #jengjeng.

KULIT KOMBINASI

Sumber Gambar: https://siraplimau.com/

Kulit kombinasi ni dapat di kesan kalau hidung dan dahi korang selalu berminyak. Tapi bila jadi macam ni, tak payah la guna dua product yang berbeza cukuplah dengan membeli cleanser yang milky. Itu sangat efektif tau untuk kulit korang dan ia boleh menghilangkan segala kotoran yang lekat dekat muka tu.

KULIT SENSITIVE

via GIPHY

Kulit sensitive ni perlukan rawatan yang special tau. Tapi, bukanlah bermaksud korang kena pergi specialist ke apa. Cukuplah dengan skincare yang tak membuatkan kulit korang kering. Kalau boleh cari la product yang menunjukkan label “sensitive skin”. 

Sebenarnya tak susah pun nak jaga kulit ni girls, semua tu terletak di tangan korang sendiri. Selain tu, korang pun kena la rajin baca label sebelum beli. Kalau boleh kenali dulu kulit muka korang tu macam mana, kalau korang faham kulit korang mesti tak ada masalah untuk beli skincare yang sesuai..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penat Asyik Nak Beli Jeans Baru?

Orang Gastrik Tak Boleh Berpuasa?!