in ,

Si Dia Kena Buat Ini Sebelum Declare Bercinta

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Eeehhhh mamat ni suka aku ke tak sebenarnya? Asyik ajak lepak pergi makan, spend time together dekat library tapi tak cakap apa-apa lagi pun? Or else dia hanya anggap sebagai kawan biasa je? Urghhhh!

Jangan risau girls, Ainaa pun pernah rasa benda tu which is perasaan tak confirm sama ada dah couple ke belum, haha! That’s why before korang decide untuk jadi girlfriend si dia, make sure si dia dah buat benda ini dulu…

MULAKAN CONVERSATION

Image result for boy play guitar for girl
Sumber gambar

Memang tak salah perigi cari timba, tapi takkan asyik kita je yang nak mulakan langkah dulu? Nak juga si dia yang mulakan conversation or anything else. Tak kisah la setakat Whatsapp dulu ke, call dulu atau tanya khabar dulu, asalkan dia yang mulakan first step. Tapi bukan bermaksud 100% harapkan si dia yang mulakan langkah ya.

BERLAKU JUJUR

via GIPHY

Bila nak mulakan sesuatu perhubungan, kejujuran tu ialah benda utama sebab kalau mula-mula dah tak jujur, macam mana nak bercinta kan? Si dia kena la jujur dengan perasaan terhadap korang, jangan korang pula yang feeling terlebih padahal si dia anggap korang ni kawan biasa je. Sakit hati la kalau macam tu kan. Sama juga bila korang tanya soalan peribadi tentang cinta lama, dia kena jawab jujur supaya tak ada rahsia antara korang berdua.

TERIMA SEADANYA

via GIPHY

Kalau dah sayang, kena la terima seadanya sama ada kelebihan atau kekurangan. Lagi-lagi dia kena terima perangai pelik, perangai gila-gila atau keburukan yang ada dekat dalam diri korang. Jangan mula-mula je dia terima dan lama-lama nanti dia give up, baik tak payah bercinta! Mana ada manusia sempurna, sebab tu kena terima seadanya! In case pada mulanya pun dia tak boleh terima, buat apa korang nak stay lagi, baik korang sendiri yang angkat kaki.

USAHA LEBIH

via GIPHY

Dia yang suka korang dulu, mesti la dia yang kena usaha lebih sikit, takkan korang pula yang nak kena beria-ria kan? Si dia mesti la tahu cara untuk tarik perhatian korang dan tackle hati korang tu. Si dia juga kena ada cara yang tersendiri untuk kenali korang dengan lebih dekat. Maybe dengan cara tanya dekat kawan-kawan rapat korang tentang benda yang korang suka atau tak suka. Lagi best kalau dia tahu semua benda tentang diri korang dengan usaha sendiri. Baru la best!

Benda ni semua penting tau girls before nak bercinta, lagi-lagi untuk korang yang tengah sekolah tu. Sekali korang yang syok sendiri, makan hati pula nanti. Ingat, selagi dia tak buat benda ni, jangan anggap lagi yang korang berdua dah bercinta ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rapper Underground, Sekarang Makin Famous!

Birthday Boyfriend Atau Crush Tak Lama Lagi? Ini Hadiah Korang Boleh Bagi..