in ,

Si Cyber Bully Sebenarnya Attention Seeker!

Sumber gambar: www.channel4.com

Cyber bully. Apa agaknya yang #Lunagirls tahu tentang gejala cyber bully? Korang pernah kena cyber bully tak? Or korang sendiri ialah seorang cyber bully?

via GIPHY

Sekarang orang dah tak buli cara fizikal lagi tapi cara baru which is dengan cyber bully. Gunakan kelemahan seseorang untuk create content supaya orang tersebut rasa terkesan dan down dengan kata-kata yang direka. Bukan itu saja, lagi teruk bila orang ramai pun join sekali gejala negative tersebut sehingga tubuhkan satu ‘persatuan’ untuk cyber bully someone. jom kita intai sikit macam mana ciri orang yang suka cyber bully, adakah dia seorang yang loser sampai kena buat macam itu untuk dapatkan perhatian?

OVER CONTROL

Image result for cyberbully
Sumber gambar

Orang yang suka buli orang sifatnya sangat over control sehingga si pembuli sendiri tak sedar apa yang dia buat. Semua itu semata-mata sebab nak pressure si mangsa supaya dia rasa lebih down. Mulalah si pembuli nak panggil si mangsa dengan panggilan yang dia tak suka sampai buatkan si mangsa tertekan yang mungkin boleh membawa kepada depresi.Ada juga jenis yang dia akan suruh si mangsa buat something yang luar kebolehan dia. Bila si mangsa tak boleh buat, dia akan lagi suka nak buli!

MERENDAHKAN ORANG LAIN

via GIPHY

Dia tahu orang itu lemah dengan sesuatu benda dan si pembuli akan suka perbesarkan perkara itu sedangkan tak semua orang perfect. Selepas itu, nanti si pembuli cyber akan twit cakap tentang kelemahan orang lain dan ajak geng untuk join sekali. Lagi sakit hati kalau tengah dia buli orang lain dekat social media, dia pergi mention pula nama si mangsa. Dia akan lebih suka sebab misi nak memalukan orang lain dah berjaya.

TAK RASA BERSALAH

via GIPHY

Dah kena tegur banyak kali tapi bagi si pembuli, dia tak ada salah langsung. Lagi teruk bila katanya apa yang dia buat ialah benda betul. Hello?! Siapa cakap cyber bully benda yang betul ya? Kalau nak malukan orang, kenakan orang, dia adalah orang yang paling master sekali. Jangan tak tahu ya, sifat buruk ini akan buatkan si mangsa jadi pendendam. Risau one day korang akan kena lagi teruk pula.

CEPAT MARAH

via GIPHY

Dia buat orang tak ada hal, tapi bila orang buat dia, marah tanpa sebab. Ciri macam ini bukan saja ada dalam diri si pembuli siber, tapi dalam diri si pembuli dekat sekolah juga. Bila dia cakap pasal orang, bukan main seronok. Tapi bila orang cakap dia balik, dia akan mula nak mengamuk twit itu ini cakap tak puas hati. Lagi sakit hati dia lagi melampau buat cerita tentang orang lain sebab nak cover kemarahan.

Tak ada beza pun antara pembuli siber dengan pembuli fizikal yang kita jumpa dekat sekolah. Mereka semua hanya perlukan perhatian.. Cuma mereka salah cara saja tapi itu bukan green light untuk si pembuli membuli. Orang ramai sekarang lebih suka cyber bully orang sebab bagi mereka itu ialah keputusan dalam diri, tapi sebenarnya itu ialah mimpi ngeri pada si mangsa.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa ‘Fans War” Boleh Wujud?

Suka Pakai Krim Pemutih? Lebih Baik Hati-Hati!