in ,

SHOUT OUT EXO-L! Konsert EXO Bulan Disember Ini!

Sumber gambar: coconuts.co

OMG seriously EXO nak datang Malaysia bulan ini?! Alaaa, kena cepat-cepat kumpul duit beli tiket, takut tak sempat je nak beli tiket, huhu!

Ya girls ini betul-betul, tak tipu tau! EXO memang akan datang ke Malaysia dan buat konsert dekat sini! Korang yang EXO-L mesti excited terox dengan berita ini betul tak? Sis Ainaa biasa je sebab sis BLINK! BLACKPINK!!

Image result for exo
Sumber gambar: Allkpop

Konsert EXO kali ini bersempena dengan tour mereka ke seluruh negara Asia iaitu Hong Kong, Singapura, Filipina, Thailand, Jepun, Taiwan dan Malaysia sendiri. Konsert ini juga diadakan bersempena dengan jelajah dunia EXO Planet #5-ExplOration yang dah pun diadakan terlebih dahulu dekat Seoul since bulan Julai lepas.

Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan tarikhnya ialah pada 14 Disember! Korang ada masa sebulan lebih je lagi nak kumpul duit beli tiket sebab nanti kalau tunggu lama-lama, confirm tiket dah habis. Dah melepas nak tengok oppa!

Sumber gambar: hype.my

Actually, since bulan Mac dulu lagi dah ada dengar ura-ura tentang EXO yang juga artis dibawah naungan SM Entertainment akan mengadakan konsert dekat sini. Rupa-rupanya ura-ura itu benar belaka sebab ada gambar wakil Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment Group, En Young Min Kim yang dah tersebar luas waktu dia tengah lawat kawasan dekat Stadium Nasional dan Axiata Arena.

For this concert, korang mungkin boleh berharap supaya EXO perform lagu baru daripada album kelima mereka iaaitu ‘Don’t Mess Up My Tempo’ dan album ‘Love Shot’. For those yang tak hafal lagi, boleh hafal sekarang sebab nanti boleh sing along sekali dekat sana.

Image result for exo planet 5 ticket malaysia
Sumber gambar: Starplanet

Kalau diikutkan, ini ialah konsert kedua EXO di Malaysia sebab first time dulu ialah pada tahun 2016. Since tahun 2016, disebabkan sokongan dan permintaan yang tinggi, EXO berjaya buat konsert setiap tahun dekat Malaysia! Woww, bukan biasa-biasa ya fans EXO dekat Malaysia. Sampai setiap tahun perform. Hmm, persoalannya sekarang bila BTS nak buat konsert dekat sini? Lama dah ARMY tunggu, tapi tak ada pun?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Ada 2 Orang Suka Kita, Nak Pilih Yang Mana?

Lelaki Akan Nampak Comel Bila Mereka…