in ,

Shopping Phone Baru Harga Berbaloi Sempena 11.11

Sumber gambar: Lunaria.com

Woooooo sale 11.11 dah kembali! Best betul bila tengok semua benda ada sale sana sini sampai tak tahu nak beli apa!

Siapa excited tentang sale 11.11? Kami super excited sejak malam tadi sebab memang dah lama sangat tunggu sale ini. Dah list semua barang nak dibeli sampai kena filter balik sebab over budget pula, huhu! Korang beli apa sale kali ini? Sekarang adalah masa yang sesuai untuk beli phone sebab ada beberapa phone yang buat potongan harga gila-gila! Antara phone yang patut korang boleh usha untuk beli ialah…

REALME 5 PRO

Image result for realme 5 pro
Sumber gambar: inet.detik

Ada yang jarang dengar nama jenama phone Realme? Sebenarnya Realme semakin meningkat naik dan sudah menjadi favorite ramai orang. FYI, Realme ialah jenama bawah Oppo dan kalau korang suka dengan phone Oppo, mungkin korang akan suka dengan phone Realme. Orang ramai lebih prefer phone Realme 5 Pro di mana ia didatangi dengan RAM 8GB dan 128GB untuk storage. For those yang suka main game, phone ini memang sesuai untuk korang sebab ia dilengkapi dengan HyperBoost 2.0 yang bertanggungjawab untuk lancarkan aktiviti main game tanpa sebarang masalah. Fast charging ialah keutamaan model Realme Pro 5. Sempena sale 11.11 kali ini, harga promosi dah turun hingga RM979 sahaja guys sekali waranti setahun! Nak lagi best, korang purchase je dari Lazada kalau nak dapat lagi 12 hadiah percuma! Bestnya beli phone siap dapat hadiah free lagi.

IPHONE XR

Image result for iphone xr
Sumber gambar: walmart

Calling for Apple lovers! Disaat semua orang berebut-rebut nak beli iPhone 11 dan 11 Pro Max, apa salahnya kalau kita berbalik pada iPhone XR? Baru saja dilancarkan tahun lepas dan boleh dikatakan phone kegemaran ramai sebab harga yang mampu milik untuk produk Apple sendiri. Tak perlu dah nak explain panjang-panjang apa kelebihan iPhone sebab ramai yang sudah tahu. Tapi apa yang pasti harga iPhone XR dah turun daripada harga asal which is RM2,499 je guys! Wow! Rasa macam nak beli sekarang juga, boleh ganti iPhone 6 sendal pintu sis, huhu! Kalau tak silap sale ini hanya untuk hari ini sahaja sempena 11.11!

XIAOMI MI 9T PRO

Image result for XIAOMI MI 9T PRO
Sumber gambar: techspot

Fuhh, nak sebut pun berbelit lidah! Dengarnya phone ini sangat laju untuk load apa-apa data. Model ini dah diiktiraf sebagai model yang flagship antara jenama lain which is paling laju sebab hadir dengan processor Snapdragon 855 dan RAM 6GB. Siap ada tiga kamera tau korang, akan power bila ambil gambar. Terus flawless agaknya dan sharp je semua gambar sebab kameranya ialah 48-megapixel! Bukan itu sahaja, siap fast charging 27W dan sekaligus buatkan phone ini sebagai smartphone terbaik dengan harga yang sangat berbaloi dan mahal! Tapi sempena sale 11.11 kali ini, harganya dah pun diturunkan serendah RM1,399! Okay dah boleh minta hadiah birthday dekat parents untuk tahun ini!

Aduhh, tak tahan kami tengok harga murah macam ini, terus rasa nak korek tabung juga kejap lagi, haha! For those yang gila gadget, sangat sesuai untuk korang sebab sale ini bukan selalu.. Hanya ada pada tarikh tertentu sahaja. Siapa cepat dia dapat, happy shopping guys!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

DimSum Thai Pop 2019 Buat Ramai Gadis Cair #Tercyduk

Lelaki Rambut Kerinting Lebih Penyabar Dan Hot?