in ,

Shawl VS Bawal. Girls Suka Pakai Mana Satu?

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Bawal or shawl? Mana satu favorite korang? Mana satu yang boleh dikatakan sebagai ‘BFF’ setiap kali nak bersiap? Susahkan nak pilih sama ada nak pakai shawl atau bawal? Kalau bawal kena iron dulu, shawl ada yang jenis tak payah iron terus pakai. Hari-hari nak kena fikir pun pening juga ni.. Kalau Ainaa personally akan pilih shawl! #gengshawl

Since ramai yang tak tahu nak pilih tudung shawl atau bawal, Ainaa ada buat survey dengan bertanyakan dekat kawan-kawan rapat ni tentang tudung pilihan mereka. Adakah mereka lebih prefer tudung bawal atau shawl?

Sumber gambar

Depends pergi mana juga. Kalau ada event formal, saya lagi prefer pakai tudung bawal sebab nampak lagi kemas dan senang nak gayakan. Lagi best kalau bawal itu ialah bawal plain sebab nampak lebih formal dan classy. Kalau shawl biasanya saya pakai bila nak pergi dating atau keluar jalan-jalan sebab that time boleh feeling cun sikit, boleh nak belit satu kepala. Tapi saya lagi suka pakai tudung bawal sebab senang tak payah nak susah fikir gaya. -Raudhatul Hafzan

Sumber gambar

BAWAL 4LYFE! Sebab utama kenapa saya lagi suka pakai tudung bawal ialah senang ikut bentuk muka. Letak je terus terbentuk dan kalau pakai shawl, susah nanti ke depan laa ke belakang sangat laa then tak nampak kiri kanan sebab shawl tak duduk diam. Tudung bawal senang je, adjust sikit terus dah siap dan nampak kemas je. Tapi depends pada individu kot sebab saya sendiri memang ada ‘sejarah hitam’ sikit dengan shawl sebab bila pakai nampak pelik je tapi kalau pakai bawal, confident level naik sampai ke angkasa! -Arina Asilah

Sumber gambar

Saya lagi suka bawal laa! Cepat je nak bersiap kalau pakai tudung bawal. Tak payah nak pening kepala fikir nak gayakan style apa. Ambil pin, sap sap sap terus siap! Pakai satu pin pun dah boleh terus pergi kelas. Lagi-lagi kalau dah lambat, tak ada masa nak fikir nak gayakan style apa. Lagi pun kalau nak pergi solat pun mudah je tak payah nak belit-belit juga. Easy to go gituew! Bonus point nampak lagi manis kalau orang pandang, hehe! -Dayana Shahira

Sumber gambar

Since saya pakai cermin mata, tudung bawal bukan BFF saya sebab ia akan buat muka saya yang bulat bertambah bulat. So kalau pakai tudung bawal, saya terpaksa tak pakai cermin mata sebab tak nak tudung rosak dan muka nampak lagi bulat. Tapi kalau shawl, saya boleh buat loose style untuk pakai dengan cermin mata. Tak ada laa nampak bulat sangat sabab saya boleh selit dan lilit je. Taknak pakai pin pun boleh je kalau shawl sebab boleh lilit dengan mudah. Cuma kalau saya ada mood tak nak pakai cermin mata, saya akan go to tudung bawal! -Nurlina Khalida

Sumber gambar

Saya dah habis sekolah, tapi orang still ingat saya ni budak sekolah. Lagi-lagi kalau pakai tudung bawal, lagi nampak macam budak baru nak SPM. Haha! So kalau saya berjalan pakai tudung bawal, orang ingat saya underage, padahal saya dah boleh kahwin dah. Haha! That’s why saya lebih prefer pakai shawl sebab nampak lebih dewasa dan matang. Lagi pun pakai shawl senang, tak payah guna pin. Selempang macam tu pun dah cantik, since saya pun memang dah cantik, hehe! Lagi satu bila pakai cermin mata, tak ada la kembang kalau gayakan dengan shawl. -Syaza Balqis

Fuhh, macam-macam jawapan yang Ainaa dapat daripada hijabista kita. Nampaknya dalam ‘pertandingan’ kali ini, tudung bawal dan shawl ada kelebihan tersendiri. Ada yang suka tudung bawal sebab simple tak payah fikir nak lilit. Ada yang suka tudung shawl sebab tak payah guna pin pun dah siap. So #Lunagirls sendiri macam mana? Which one do you prefer? Shawl or bawal? Komen di bawah okayy..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Perlu Study Smart, Bukan Study Hard?

Bila Dengar Lagu Kuat Sangat, Telinga Boleh Pekak