in ,

Share Semua Benda Sampai Bahayakan Diri!

Sumber gambar: https://home.howstuffworks.com/home-improvement/household-safety/10-ways-to-break-into-a-house.htm

Memang seronok bila kita dapat explore internet ni, tapi jangan la sampai buat benda yang tak sepatutnya. Some people suka share semua benda dekat social media kononnya nak bagi semua orang tahu apa yang dia buat. Tapi sebenarnya ada banyak benda yang tak sepatutnya dikongsi dekat social media which is…

GAMBAR ANAK ORANG LAIN

Seronok sangat share gambar anak orang lain sampai tak tahu sebenarnya itu adalah kesalahan besar! Kita sama sekali tak dibenarkan untuk share gambar baby orang lain tanpa kebenaran parents dia. Parents boleh ambil tindakan kalau ada individu tak dikenali sesuka hati share gambar anak diorang tanpa kebenaran tau?

GAMBAR ANAK KECIL MANDI

Sumber gambar: https://www.verywellfamily.com/choose-safe-baby-bath-seat-293588

Sesetengah orang pandang isu ni sebagai kes kecilย which is benda remeh je. Padahal dekat luar sana ada berlambak pedofil yangย target anak kecil tak berbaju lebih-lebih lagi waktu diorang tengah mandi. Kalau korang ada adik kecil, make sure jangan post gambar atau video diorang tengah mandi berbogel.

BILIK/RUMAH FAMILY

Kalau kat Youtube pun dah macam trend buat ‘Room Tour‘ ni semata atas permintaan followers. Tapi sebenarnya bilik ialah privacy kita dan untuk apa nak share dekat semua orang tempat tidur sendiri? Betul tak girls? Kalau nak jadikan inspirasi untuk orang lain tu boleh tapi jangan sampai tunjuk 100% dekat public. Bahaya tu!

LOKASI PERCUTIAN

Nak holiday ni memang seronok, lagi-lagi kalau tempat holiday tu cantik,ย confirm nak share dekat social media kan. Haaa tapi sebenarnya korang tengah bagi peluang keemasan pada orang yang berniat jahat untuk ceroboh masuk ke rumah korang.ย Tak salah nak share cuma jangan terlampau tunjuk sangat yang dekat rumah tu tak berpenghuni.

Kita kena sentiasa berjaga-jaga lebih-lebih lagi kalau melibatkan dunia alam maya ni. Kalau korang asyik exposeย diri korang dekat internet, takut orang gunakan data peribadi tu untuk benda yang tak elok. Pesan pada kawan-kawan juga ya girls.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Buat Mask Guna Bahan Buat Sandwich?

Elakkan Mata Panda Dengan Apps Ni!