in ,

Setiap Kali Period, ‘Segelas’ Darah Hilang

Sumber gambar: thefader.com

Dah empat tahun period since darjah enam dulu, tapi kenapa masih lagi tak faham tentang period ni? Kejap okay, kejap tak…

Ehh, bukan korang je yang masih tak faham tentang kitaran haid ni, Ainaa sendiri masih pening lagi dengan kitaran haid setiap bulan, hehe! Tapi sebenarnya benda ni penting tau, supaya kita tahu bila kita akan period, bukannya bangun tidur baru perasan yang darah dah keluar since malam tadi. So harini, Ainaa nak share sikit dengan korang tentang fakta dan rahsia sebalik period ni. Setiap bulan asyik keluarkan darah je, kena la ambil tahu juga selok belok benda ni semua…

PERIOD NORMAL SELAMA 7 HARI

via GIPHY

Biasanya setiap kali period tu, berapa lama masa yang korang ambil untuk kitaran darah tu berhenti? Adakah selama dua hari atau sampai 10 hari? Untuk kitaran normal hanya ambil masa selama lima hingga tujuh hari sahaja. Let say kalau korang hanya period selama tiga hari je, mungkin ada masalah dengan kitaran haid korang. It’s okay, tak perlu nak panik. Tunggu next month punya period, adakah sama atau berbeza? Kalau berbeza, mungkin that time hormon korang tak stabil so ia mempengaruhi badan. Tapi kalau masih sama juga, better jumpa dengan doktor sebab mungkin ada masalah lain pula. Make sure jumpa doktor dekat klinik tu, bukan tanya doktor Google ya.

SENGGUGUT BERGANTUNG PADA PEMAKANAN

Image result for period pain aesthetic
Sumber gambar: pinterest

Pernah tak ada masa korang senggugut dan ada masa tak langsung? BTW, Ainaa dah buat ‘éxperiment’ dekat badan sendiri dan keputusannya sangat mengejutkan! Pernah one month tu before period, Ainaa tak jaga pemakanan which is makan junk food, minum air sejuk, makan ais dan macam-macam lagi la benda yang tak sihat Ainaa makan. Result yang Ainaa dapat ialah senggugut tahap 7/10! Tapi bila bulan seterusnya Ainaa jaga pemakanan dengan minum air masak, makan sayur dan buah-buahan… Senggugut yang datang tu hanya la 4/10 je which is masih boleh dikawal berbanding kebiasaan setiap bulan. So maksudnya kita kena makan makanan sihat untuk elakkan rasa senggugut semua tu.

BREAST RASA BERDENYUT-DENYUT, KADANG GATAL

via GIPHY

HAHA! Siapa yang setiap kali nak period memang akan hadapi benda ni? Punya la rasa tak selesa sampai kalau boleh nak cabut breast tu dan letak dekat tepi sekejap, dah habis period baru pasang  semula. Benda tu memang normal sebab hormon dalam badan kita tengah bercelaru dan sel tisu dekat breast pun jadi sangat sensitif. Rangsangan dan tindak balas hormon estrogen dan progesteron buatkan sel tisu breast membengkak dan jadi sedikit lembut. Untuk kurangkan rasa sakit tu, make sure korang pakai bra yang sesuai iaitu sport bra sebab ia akan buat breast kita jadi lebih selesa dan kurang bergerak. Lagi elok kalau korang bersenam sebab ia akan mengurangkan rasa sakit tu. Lepas bersenam mandi dengan air panas untuk bantu ia jadi sedikit lega.

SEKALI PERIOD, SEGELAS DARAH HILANG

Related image
Sumber gambar: memed

Sehari pad sampai tiga kali tukar kalau first atau second day. Seminggu dah berapa pad habis? Sebenarnya kita hanya keluarkan darah sebanyak 35ml je, which is segelas air! Maksudnya tak ada la banyak sangat kalau diikutkan segelas untuk sebulan. Bukannya banyak sangat darah kita yang keluar waktu period tu. Cuma ada certain orang bila dia period, dia akan alami masalah tekanan darah rendah sebab dalam badan dia sendiri dah kekurangan darah. So bila keluar period, lagi bertambah kurang la darah dalam badan dia. Untuk elakkan rasa tak selesa sebab kekurangan darah, korang boleh amalkan makan kerang atau hati untuk tambah darah dalam badan. Ehemm, Ainaa ni bagi tips tambah darah, tapi diri sendiri pun kurang darah juga, hehe!

At least dengan perkongsian Ainaa ni, ada la sikit ilmu tentang period yang korang tahu kan. Ha, boleh la share dengan kawan-kawan atau family yang lain. Ajak mereka baca artikel dekat Lunaria ni, banyak lagi benda best kitorang nak share dekat korang semua tau!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Hangout Untuk Bro Dan Member

Tips Unpack Barang Dari Asrama Paling Simple