in ,

Setahun Berlalu, Dokumentari Kehidupan Sulli Bakal Ditayangkan

Sumber gambar: Functionlove

Hampir setahun berita tentang kematian penyanyi cantik manis Sulli, hari ini khabarnya dokumentari kehidupan bekas ahli kumpulan f(x) ini bakal di dokumentarikan di kaca TV.

Sekitar Oktober tahun lepas, dunia hiburan Korea digemparkan dengan satu lagi berita kematian mengejutkan penyanyi Sulli. Dia ditemui mati di dalam apartment miliknya, punca kematian dikatakan atas faktor bunuh diri dan sehingga kini masih ramai lagi peminat yang bersedih.

Sulli Does Shocking Livestream Of Herself Crying For 10 Minutes
Sumber gambar: Koreaboo

Pada masa yang sama, ketika itu juga dikuatkuasakan undang-undang ‘Sulli Act’ sebagai salah satu langkah untuk mencegah buli siber. Hal ini disebabkan terlalu ramai pembuli siber yang ‘lahir’ sehingga memaksa undang-undang itu diwujudkan. Gejala buli siber bukan sahaja berlaku kepada rakyat biasa sahaja tetapi selebriti turut terkena. Sulli sendiri pernah menjadi salah seorang mangsa buli siber pada tahun 2016 yang lalu, dia telah terlibat dalam satu projek photoshoot seksi. Disebabkan itu di telah dikritik teruk oleh netizen sehingga memaksa dia untuk keluar dari kumpulan f(x) kerana terlalu penat dengan kritikan yang diterimanya.

Kini, selepas hampir setahun kematiannya, station televisyen Korea Selatan MBC akan menghasilkan satu dokumentari khas untuk menceritakan tentang kehidupan mendiang Sulli. Di dalam temu bual itu diselitkan juga temu bual bersama ahli keluarganya, rakan sekerja serta kenalan di SM Entertainment. Namun berita lengkap mengenai perkara ini masih lagi tidak diketahui tetapi mungkin dengan adanya dokumentari ini, gejala buli siber tidak akan berlaku lagi.

View this post on Instagram

@stretchangels 그 고백 받아주겠어🔥

A post shared by 설리가진리 (Sulli) (@jelly_jilli) on

Di dalam dokumentari itu akan diceritakan tentang kisah kehidupan Sulli sejak dia bergelar selebriti lagi iaitu pada tahun 2005. Ketika itu dia mula berlakon pada usia 11 tahun menerusi drama Ballad Of Seondong sebelum dia bergelar idol ketika dibawa masuk debut untuk kumpulan f(x). Pada tahun 2015, Sulli telah mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri dan fokus kepada dunia lakonan serta nyanyian secara solo sahaja. Tahun lepas, drama Hotel Del Luna merupakan drama terakhir lakonan Sulli sebelum dia ditemui mati.

Ketika hidup, Sulli sering kali menjadi target untuk siber buli daripada netizen serta peminatnya sendiri. Perkara itu membuatkan dia merana dan hidupnya dikelilingi dengan tekanan sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Sulli Shares Story Behind IU Recruiting Her For “Hotel Del Luna ...
Sumber gambar: Soompi

Untuk pengetahuan korang, mendiang Sulli dikatakan mempunyai satu fobia yang amat teruk iaitu aquaphobia yang mana dia sangat fobia dengan air. Ketika kecil, dia pernah menjadi mangsa buli rakannya sendiri apabila mereka membenamkan kepala Sulli di dalam air dan disebabkan itu dia menjadi mudah panik. Perkara itu diakui oleh Sulli sendiri di posting Instagram miliknya beberapa tahun yang lalu.

Sulli juga pernah digosipkan bercinta dengan beberapa selebriti Korea yang lain. Antaranya ialah bersama dengan G-Dragon (Big Bang), Kim Heechul (Super Junior), Chanyeol (EXO) dan juga Minho (Shinee). Tetapi hubungan cinta yang disahkan ialah bersama dengan Choiza iaitu ahli kumpulan Dynamic Duo. Namun tidak lama kemudian hubungan cinta mereka mendapat tentangan dan kecaman oleh netizen serta peminat sehingga memaksa mereka untuk berpisah.

Choiza talks about his relationship with Sulli, and his penis ...
Sumber gambar: Soompi

Bila baca semula kes buli yang dialami oleh Sulli ini buatkan ramai tertanya kenapa masih ramai mengambil mudah tentang siber buli. Harapnya dokumentari ini dapat dihasilkan dengan secepat mungkin supaya dapat membuka mata ramai orang tentang bahayanya gejala siber buli ini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Anime Dalam Netflix Yang Korang Patut Layan!

Comeback Lagu K-Pop Bulan Ini Yang Patut Korang Layan!