in ,

Serap Peluh Ketiak Guna Pantyliner?

Sumber Gambar: https://meramuda.com

Pantyliner bukanlah benda asing untuk girls! Ia berfungsi untuk menjaga kebersihan dan kelembapan bahagian bawah kita.. lebih lagi masa keluarnya keputihan memang patut kita guna.! Bukan tu je #Lunagirls.. sebenarnya ada banyak lagi manfaat pantyliner ni tau! Antaranya ialah …..

PELAPIK KASUT

Sumber Gambar: https://blog.maukerja.my

Selalu kalau kita beli kasut baru, kita akan mudah melecet dan terus tak selesa untuk berjalan! Jadi untuk menyelesaikannya, korang potong pantyliner dibelah hujung sikit dan lekatkan dibelakang kasut baru tadi.. mesti dah tak rasa rasa lagi!

ALTERNATIVE TISU MAKEUP

Sumber Gambar : https://profhariz.com

Kalau terlupa nak bawak tisu makeup, tapi dalam beg ada pantyliner je.. korang boleh guna untuk lap makeup tau! #Lunagirls guna bahagian kapas tau.. jangan tersilap bahagian yang ada pelekat tu! Habis calar muka nanti..

BERSIHKAN SCREEN PROTECTOR

Sumber Gambar: https://www.pcmag.com

Biasanya orang gunakan tisu untuk bersihkan screen protector phone, memang bersih tapi akan meningalkan bulu-bulu tisu tu! Cara yang lebih effective ialah #Lunagirls gunakan pantyliner..  Kalau untuk bersihkan ni, korang gunakan pantyliner bahagian belakang yang ada pelekat tu okay!

PEWANGI ALMARI

Sumber Gambar: https://www.allure.com

Selalunya kalau nak laci sentiasa bau fresh korang kena beli pewangi khas kan? Tapi sebenarnya guna pantyliner pun boleh tau.. #Lunagirls hanya perlu semburkan perfume favorite dekat pantyline dan terus letak dalam laci! Lebih tahan lama, tanpa mengeluarkan duit.. yeay!

PENYERAP PELUH

Sumber Gambar: https://girlisme.com

Untuk #Lunagirls yang ada alami masalah peluh, korang boleh menggunakan tips untuk lekatkan pantyliner di antara bra dan ketiak! Korang hanya perlu selitkan pantyliner separuh di dalam bra dan separuh lagi di atas bra.. So bila peluh keluar, pantyliner akan tolong serapkan! Hihi!

Ada macam-macam tips and tricks kita boleh guna dengan pantyliner kan? Hehe! Jadi make sure untuk simpan satu pantyliner dalam bag setiap kali keluar..  LUNARIA harap tips ni dapat membantu #Lunagirls..

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Jinakkan Anak Rambut Yang Liar!

Asyik Lupa Je Date Datang Bulan!