in ,

Seokjin BTS Tangguh Military? + Buat Lagu Baru Untuk ARMY?

Sumber gambar: www.jenaisleonline.com

Woah! Rasanya isu pendaftaran military abang paling tua dalam BTS iaitu Kim Seokjin masih menjadi topik hangat walaupun sudah berbulan lamanya ia dipersoalkan oleh peminat dan juga warga Korea Selatan sendiri. Mesti ada di antara korang yang sudah tahu bahawa Seokjin akan rasmi berusia 28 tahun pada bulan Disember ini dan sesuai dengan Akta Perkhidmatan Ketenteraan di Korea Selatan, lelaki yang sihat tubuh badan dan akal harus mendaftar pada usia 28 tahun. Kemudian, pihak berkuasa di Korea juga masih lagi mempertimbangkan keputusan bagi menangguhkan pendaftaran ketenteraan tersebut untuk beberapa K-Pop idol sehingga mereka berusia 30 tahun.

Sumber gambar: pinterest

Big Hit Entertainment juga telah mengesahkan bahawa kemungkinan besar pendaftaran military Seokjin dapat ditunda dan ditangguhkan sehingga akhir tahun 2021. Khabar tersebut telah diumumkan semasa dalam laporan saham yang dikongsi oleh sistem pendedahan elektronik Perkhidmatan Penyelia Kewangan Big Hit Labels. Ramai ARMY yang menarik nafas lega setelah ramai yang bimbang dan curious tentang Seokjin dan juga masa depan BTS jika Seokjin dah masuk military nanti.

Sumber gambar: amino apss

Selain daripada itu, BTS juga baru-baru ini dilaporkan telah menjadi pemegang saham di Big Hit. Woah! Jika dulu mereka hanya masuk sebagai trainee tapi sekarang dah jadi one Co-Owners Big Hit! Memang hebat betul BTS ini! Sewaktu laporan diumumkan, Big Hit dikatakan akan cuba lakukan debut dalam Indeks Harga Saham Komposit Korea (KOSPI) pada bulan Oktober. Agensi Big Hit juga mendedahkan bahawa setiap anggota BTS akan mendapat kekayaan sekurang-kurangnya $7.7 juta apabila saham tersebut di senaraikan. Antara sebab kukuh di sebalik pemberian saham tersebut adalah untuk menguatkan lagi hubungan kerjasama dengan artis Big Hit yang lain dan meningkatkan lagi semangat dengan berkongsi hasil perkembangan syarikat.Β 

Sumber gambar: indian express

Seterusnya, BTS juga dilaporkan telah meraih nombor satu di carta Billboard Hot 100 dengan single terbaru mereka Dynamite. Dynamite juga telah memecahkan banyak rekod di Youtube dan platform streaming muzik yang lain dan selepas kejayaan itu. Leader of Bangtan Boys, Namjoon menyatakan hasrat untuk mengintai peluang di peringkat lebih tinggi iaitu Grammy. Woah! Dengan sokongan para BTS ARMY, mesti korang boleh buat punya!Β 

Sumber gambar: favim

Akhir sekali, berbalik kepada Seokjin semula, dia dikatakan akan membuat lagu baru yang mana ia nyatakan sendiri dalam episod reality show BTS, In The Soop baru-baru ini. Woah! Mesti ramai betul BTS ARMY yang tak sabar dengan lagu baru Seokjin lagi selepas ini kan? Hehe!Β 

via GIPHY

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Layan 4 Movie Baru Dekat Netflix!

Kisah Dari Sekolah: Cerita Seram Sekolah Tertua Di Malaysia