in ,

Senarai Water Park Di Malaysia! No. 2 Paling ONZ!

Sumber gambar: blog.nashata.com

Cuti sekolah dah tiba! Apa kita nak buat? Mestilah nak ajak family berjimba sama-sama. Baru dapat luangkan masa dengan family, mengeratkan silaturahim!

Cakap tentang theme park, LUNARIA excited betul sebab rasa macam dah lama tak pergi mandi theme park! Korang mesti lagi excited betul tak sebab boleh ajak family pergi theme park sama-sama, musim cuti ini pun banyak je promotion sampai potongan setengah harga! Contohnya, SuperDeals ada buat tawaran hebat tiket masuk Legoland Water Park 1 day.. rugi kalau korang tak check out! Sementara cuti, jom ajak family korang pergi main air! Tak payah pergi jauh-jauh, dalam Malaysia pun berlambak tau. Jom check it out theme park yang selalu jadi tarikan ramai…

MELAKA WONDERLAND THEME PARK

Kalau tengah planning nak holiday dekat Melaka, why not ajak terus family korang pergi ke Melaka Wonderland Theme Park? Lokasinya betul-betul di hadapan Zoo Melaka. Kawasannya dikelilingi dengan hutan semula jadi yang berkeluasan 360 hektar. Dalam syok korang main air, boleh hirup udara segar. BTW ada satu permainan air yang bernama vuvuzela, once korang naik je dekat atas  boleh nampak kawasan highway tau! Waktu sis Ainaa naik nervous beb! Rasa macam nak tercampak je ke highway, tapi tak ada pun, hehe! FYI, water park di sana menggunakan sebanyak 2 juta liter air dan antara tarikan yang ada dekat situ ialah Tornado Chaser, Adventure Island, Kamikaze Racer, 1 Big Wave Pool dan banyak kali! Sesuai sangat bawa satu family sebab semua boleh main permainan dekat situ.

ESCAPE WATER PARK TELUK BAHANG

Dekat mana yang korang boleh dapat naik gelongsor air sepanjang 1.140 kilometer dan akan mengambil masa selama 5 minit? Mestilah di Taman Tema Escape Pulau Pinang! Kalau korang nak tahu, gelongsor air tersebut ialah gelongsor terpanjang di dunia dan telah diiktiraf oleh Guinness Word Records tau! Power tak power? Tapi tempat ini hanya sesuai untuk korang yang memang sukakan cabaran bermain dengan air. Kalau korang tak berani dengan air, tak dicadangkan sebab permainan dekat sana agak mencabar tapi best! Kawasan theme park ini juga dikelilingi dengan alam semula jadi yang mana ada pokok besar, macam hutan-hutan sikit. Baru boleh berhibur sambil menghargai keindahan alam, haha! Banyak lagi tarikan lain yang ada dekat sini, kalau korang nak cuba, kena pergi sendiri!

LOST WORLD OF TAMBUN

Kebanyakan theme park dekat Malaysia ini memang sinonim dengan alam semula jadi tau. So, location pun mesti akan dekat dengan kawasan hutan, tapi hutan pun best je tau! Tak nak pergi jauh-jauh? Lost World Of Tambun ialah tempat yang sesuai untuk korang spend time dengan family tercinta. Korang siap boleh stay dekat hotel yang disediakan dekat sana tau. Apa yang lebih menarik dekat sana ialah siap ada hot jacuzzi, korang boleh berendam berapa lama korang nak. Ada banyak pakej yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian budget family korang. Kalau ambil pakej keseluruhan memang jimat sebab boleh tengok safari yang korang boleh tengok haiwan dengan jarak yang dekat, mandi kolam air panas dan mini funfair dekat sana. Confirm korang takkan menyesal kalau pergi sini untuk holiday tau!

SUNWAY LAGOON

Theme park dekat tempat lain dah pergi, tapi tak pernah pergi ke Sunway Lagoon? Ha, korang rugi  sebab sis Ainaa pun tak pernah pergi lagi, LOL! Actually Sunway Lagoon di kira macam theme park ‘wajib’ korang kunjungi sebelum pergi theme park lain. Semua benda best dikumpulkan dalam Sunway Lagoon tau. Bukan setakat ada theme park, ada rumah hantu, ada roller coaster dan permainan pening kepala pun ada ya. Confirm kalau sekali pergi terus rasa nak repeat berkali-kali. Tarikan yang ada dekat sana ialah Wave Pool Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Channel dan banyak lagi! Ehemm, kalau nak main bungee jumping pun boleh!

Aduhh, excited pula nak pergi theme park kali ini! Rasa macam weekend ini juga nak pergi. Kalau family korang tak nak ikut, boleh ajak kawan-kawan yang lain. Baru dapat create new memories dengan kawan-kawan dan crush sekali. Eh?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alasan Kenapa Ramai Tak Suka K-Pop

Kelebihan Ada BF Atau GF Suka Main Game