in ,

Senarai Restoran Buat Promosi, Ini Masanya Untuk Kita Serbu!

Sumber gambar: Pinterest.com

Tak ada free food pun tak mengapa, asalkan dapat discount bila beli pun dah best sangat! Boleh la belanja family sikit walaupun asalnya duit tu daripada duit belanja sekolah, hehe!

Siapa je yang tak suka benda murah? Murah satu hal, kalau free lagi la ramai yang suka tau. Tipu la kalau korang tak excited bila ada promotion dekat kedai makan, lagi-lagi kalau restoran fast food kan. Mula la ramai yang beratur dekat kaunter sebab nak rebut peluang untuk beli dengan harga yang murah. Sebelum ni kalau nak tunggu promosi memang lambat la, kena tunggu waktu tarikh tertentu sahaja. Tapi memandangkan sekarang ni ekonomi negara tengah nak berkembang semula, banyak restoran makanan segera dan restoran lain membuat promosi untuk tarik ramai pelanggan.

Sempena bulan Julai ni, ada banyak restoran menyediakan promosi khas untuk penggemar makanan fast food terutamanya. Korang dah ready ke? Kalau dah ready boleh baca artikel Ainaa ni sampai habis ya. Good luck kepada dompet parents korang!

STARBUSKS FRIENDSHIP

Biasanya minuman dekat Starbucks ni agak mahal la terutamanya buat golongan pelajar. Tapi kalau sekali sekala nak treat diri sendiri pun apa salahnya kan. Ini la pelung korang untuk beli air dekat Starbucks dengan harga yang murah. Bersempena dengan Friendship month, Starbucks menawarkan minuman kedua dengan harga RM5. Maksudnya kalau korang beli satu air Frappuccino, korang hanya perlu tambah RM5 untuk mendapatkan Frappuccino yang kedua. Kira murah la macam tu, biasa dah berbelas harganya. Promosi ni terbuka untuk semua minuman Frappuccino blended sahaja dan hanya pada hari Isnin sahaja ya, bermula pada jam 5 petang hingga 8 malam. Minggu depan lepas balik sekolah boleh la singgah sekejap ya.

FAMILY MART

Siapa je yang tak kenal dengan kedai serbaneka dari Korea ni? Waktu first time Family Mart dibuka, bukan main ramai berebut ke sana nak tengok apa makanan dan minuman yang dijual dekat sana. Biasanya makanan yang paling ramai suka ialah Oden! Kali ni Family Mart menawarkan buy 1 free 1 Sundae dan juga Safuto! Dapat pula kalau that time korang tengah teringin nak makan Sundae dengan Safuto, memang rezeki la sebab tengah buy 1 free 1. Promosi ini hanya berjalan sehingga 14 Julai sahaja ya, pergi cepat tau!

BURGER KING

One of the best burger selepas MCD! Harga memang dah murah, lepas promotion bertambah lagi murah ni, kalau tak beli memang rugi ya kawan-kawan sekalian. Set Mix & Match hanya berharga RM15 sahaja. Jangan terkejut sebab Mix & Match ini, korang boleh pilih dua set burger geng! Apa lagi yang korang nak sebab semuanya memang dah murah, boleh share dengan BFF tu. Memang dah jimat banyak kalau makan dekat Burger King ni siap boleh share lagi tu. Jadinya satu set jatuh tak sampai RM8 ya. Korang masih ada banyak masa lagi sebab promotion untuk Burger King akan tamat pada 31 Julai ni.

SUSHI KING

Biasanya Sushi King akan buat bonanza sushi setiap hari Rabu tapi kali ni promosi untuk bulan Julai ialah Sushi King Bonanza berharga RM3.18 sepinggan. Korang akan mendapat pilihan sebanyak 45 jenis sushi. Makan la korang sampai puas hati sebab memang murah sangat harganya tu. Tapi promosi ni lain sikit sebab ia sudah ditetapkan bebrapa tarikh spesifik.

  • 6-12 Julai 2020
    Perlis, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak
  • 20-26 Julai 2020
    Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka, Pahang, Kedah, Sabah dan Terengganu

Satu lagi diingatkat bahawa promosi ini hanya valid untuk dine-in tetapi diberi masa selama 45 minit sahaja serta satu membership sah untuk tiga orang sahaja. Enjoy your sushi!

Bagi Ainaa semua promosi ni memang berbaloi-baloi, lebih-lebih lagi Burger King tu. Double murah ya harganya, hehe! Esok juga Ainaa akan lunch dekat Burger King…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

β€œMacam Orang Tak Betul Je Cakap Seorang Diri…” SALAH! Ini Kelebihan Self Talk!

5 Negara Kes Buli Paling Teruk!