in ,

Senarai Rappers Cantik Di Malaysia Korang Perlu Tahu

Sumber gambar: Instagram Bungaisme/ Instagram Sophialiana

Yoo wassup girl… Sedapnya suara dia menyanyi rap! Mesti best kan kalau boleh rap sambil menyanyi ni. Nak kena belajar rap juga la nampaknya ni…

Since Ainaa masuk I Can See Your Voice Malaysia tu, Ainaa dah pasang cita-cita untuk jadi rapper. Daripada situ la Ainaa mula practice maka tercipta la lagu-lagu MILO yang Ainaa nyanyi haritu, hehe! Macam yang korang tahu dekat Malaysia ni dah ada ramai sangat rapper lelaki, antaranya paling legend ialah Malique, Joe Flizzoew, Altimate, MK, Tuju, Aman Ra dan ramai lagi la. Tapi untuk rapper perempuan ni tak berapa ramai sangat, betul tak?

Bukan tak ada, ada je cuma tak ramai je. Since sekarang pun muzik genre Malaysia semakin berkembang, bermacam-macam genre kita dah dengar dekat radio. Maybe korang tak berapa tahu sangat tentang rapper perempuan dekat Malaysia ni kan? Maka dengan itu, Ainaa akan share dengan korang beberapa rapper perempuan dekat Malaysia ni. Enjoy this article guys…

ZIZI KIRANA

Siapa tak kenal Zizi Kirana ni? Dah la suara sedap, pandai rap lepastu cantik pula. Cukup lengkap pakej dia tau. Zizi ni pada mulanya merupakan bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, lama kelamaan selepas dapat menempa nama dalam industri muzik, Zizi mula bergerak sendiri dan kini dia sudah bergelar rapper wanita. Satu fakta yang mungkin korang tak tahu, Zizi ni merupakan salah seorang bekas peserta program realiti TV yang popular di Indonesia iaitu D’Academy Asia musim kedua dan dia merupakan wakil dari Malaysia. Daripada situ la nama Zizi mula dikenali ramai. Bukan itu sahaja ya, Zizi juga merupakan anak jati kelahiran Semporna, Sabah. Boleh bah kalau kau. Antara lagu Zizi yang paling memikat hati pendengar ialah Eh. Mana tidaknya, korang baca je la lirik lagu tu, bukan main best dapat sindir banyak pihak, hehe!

SOPHIA LIANA

It’s Sophia rap time… Jong jong inai mak ipong raja wali…

Siapa suka kumpulan DeFam mesti korang kenal Sophia ni kan? DeFam terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan dan salah seorang daripada mereka ialah Sophia sendiri yang merupakan rapper untuk kumpulan tersebut. Kalau korang ada dengar lagu baru Sophia dekat radio, mesti korang tahu yang sekarang ni Sophia dah berkolaborasi dengan kumpulan Budak Ngam which is mereka itu merupakan dancer DeFam sendiri. Maka dengan itu, nama Sophia mula dikenali ramai. Bagi Ainaa sendiri, suara Sophia ni best dan unik. even setiap kali dia rap memang clear segala butir perkataan yang dia sebut.

BUNGAISME

Kecil-kecil cili api, nampak je badan kecil tapi power teruk tau Bunga ni. Dah la cara yang dia bawa tu agak unik. Just imagine, korang pernah nampak tak rapper pakai baju kurung? Tak ada kan? Ha, ni Bunga ni dia rap siap pakai baju kurung lagi tau. Tak pernah lagi ada sesiapa rapper dalam Malaysia ni yang pakai baju kebangsaan waktu nyanyi rap. Kira Bunga ni satu dalam seribu la dekat Malaysia ni. Nama Bunga mula dikenali ramai sewaktu dia join 16 baris yang merupakan konsert hiphop yang dikendalikan oleh Jow Flizzoew sendiri. Daripada situ la ramai mula cari siapa sebenarnya gerangan si Bunga ni. Selamba je dia menyanyi rap sambil pakai baju kurung cotton tu. Memang style la sis!

LOKA B

Semenjak lagu Cute mula keudara di corong radio, nama Loka B mula menjadi sebutan. Walaupun part dia hanya pendek sahaja dekat dalam lagu tu tapi itu sudah membuatkan ramai orang terpikat dengan suaranya. Tapi sebenarnya Loka B ni dah lama di dalma industri muzik, cuma ramai je yang tak tahu lagi tentang kewujudan Loka B. Untuk pengetahuan korang juga, Loka B ni merupakan isteri kepada Tuju K-Clique! Sepadan sangat tu husband and wife dua dua rappers! Korang boleh la dengar lagu Loka B dekat Youtube, banyak tau lagu dia yang seronok didengar.

LUNASQUAD

Wassup guys! Jangan tak percaya yang kami ni pun one of rappers perempuan dekat Malaysia ni tau! Cuma bezanya kami ni baru sahaja nak berjinak-jinak, hehe. Korang sendiri boleh tengok kami dah cipta tiga lagu untuk MILO haritu, korang boleh tengok dekat Youtube channel kami ya. Sambil-sambil tu boleh la support kami yang baru nak menyanyi ni…

Kalau suruh pilih mana satu rappers pilihan, Ainaa sendiri pun tak tahu nak pilih siapa sebab semuanya best sangat. Tapi kalau nak pilih yang unik tu, of course la Ainaa akan vote untuk Bunga! Apa pun goodluck untuk semua rappers di Malaysia, tak kisah perempuan atau lelaki! Teruskan berkarya untuk industri muzik Malaysia!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perbezaan NCT U, NCT Dream, NCT 127, NCT 2018 dan WayV

ATEEZ Kembali Buat Kejutan Khas Buat ATINY